View: 7763|Reply: 22
|
Masih Teruna Di Usia 71 Tahun! Lelaki Kurung Diri 55 Tahun, Bina Pagar Tinggi Keliling Rumah Elak Didekati Wanita
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki membina pagar setinggi 15 kaki (4.6 meter) untuk menghalang wanita datang ke rumahnya.
Callitxe Nzamwita yang masih teruna di usia 71 tahun mengurung dirinya di dalam rumah selama 55 tahun kerana takut kepada jantina lain, dan menjauhkan dirinya daripada orang ramai.
Dia mengakui dia sangkat takut dengan wanita datang ke rumahnya, justeru dia mengasingkan diri.
Foto: Newsflash
Walaupun melalui ketakutan ini, wanita tempatan memastikan dia terus hidup dan membantunya untuk 'bertahan'.
Walaupun hidup sendiri dan jauh daripada jantina berlainan, Callitxe mendapati dirinya dibantu oleh wanita kampung yang takut dia akan mati sekiranya mereka tidak campur tangan.
Walaupun mereka mendapatkan bahan makanannya untuknya, dia tidak membenarkan wanita mendekatinya.
"Sebab saya mengurung diri di dalam sini dan mempunyai pagar di rumah saya adalah kerana mahu memastikan wanita tidak akan mendekati saya," katanya.
Jika ternampak wanita dalam perjalanan ke rumahnya, Callitxe segera mengunci dirinya di dalam dan mengunci pintu.
Lelaki bujang itu dipercayai mengalami gynophobia, iaitu ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita. - CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kira dia ni geli geleman ke hapa bila nampak pompuan pakcik ni. Haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu dia keje apa je? Wanita tempatan gak nak kena bantu dia sbb takut dia mati sorang2 plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki bujang itu dipercayai mengalami gynophobia, iaitu ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita
lelaki utk disayangi bukan utk ditakut takutkan
kalau xsuka hantar dia balik rumah/kubo mak bapak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh diklasifikasikan sebagai gay ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Trauma kot penah kena tipu wanita |
|
|
|
|
|
|
|
sbb x hensem x la rugi sgt keturunan dia x berkembang....huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru betul2 virgin kalau kuin kepam nak brag , mmg tak tipu... kuin kepam boleh ajar memacam @Cleocatra |
|
|
|
|
|
|
|
baik2 jiran dia tak bior je jenis ambik cakna
bkn mcm satu tempat tu jangan kan jiran sebelah rmh, yg sebelah bilik pun tak kenal
kekonon m.y.o.b
|
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam hal mereka ini |
|
|
|
|
|
|
|
"Jika ternampak wanita dalam perjalanan ke rumahnya, Callitxe segera mengunci dirinya di dalam dan mengunci pintu"
caner nak nmpk org yg dtg kerumah, pagar kan main tggi. mesti tokki mengintai dari celahan pagar ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakarot1 at 13-10-2023 06:50 PM
Interpretation of dreams is an intriguing exploration of the subconscious mind's mysterious realm. This practice, deeply rooted in various cultural and psychological traditions, suggests that dreams carry symbolic meanings that can offer insights into our innermost desires, fears, and unresolved conflicts. |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa masa dia kecik2 dulu kena raba dengan perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka ati dia laa.. ini pon isu semasa kerr..?
Pass ni harga beras boleh turun kerr? |
|
|
|
|
|
|
|
Gelak hentak kaki iol dlm thread ni, artikel & komen2 smua klakar
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|