CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3146|Reply: 10

Emp4t | Sebuah Novel

[Copy link]
Post time 28-1-2011 11:53 AM | Show all posts |Read mode
hi everyone.. am doing a favor for my fren. sebuah novel karya dia.. baru start




boleh baca kat sini.. - http://adiluqman.blogspot.com/p/emp4t.html


episode 1

Dia mencapai segugus kunci yang terletak di mejanya, lalu bergerak keluar menuju ke pintu.




Jim, tak makan dulu? I’ve made you some breakfast.Meh makan dulu..

Hurm..boleh jugak.



Dia menarik kerusi meja makan dan terus melabuhkan punggungnya. Sambil tersenyum, dia memerhatikan ibunya menyendukkan makanan ke dalam pinggannya.




Abang mana mama?

Abang dah pergi kerja. Pukul berapa interview?

Sepuluh.. Mama tak makan ke?

Takpelah, Jim makan dulu. Kejap lagi mama makan.



Jim. Panggilan manja Mohd Nazim Aimran yang digunakan oleh ibu dan abangnya. Anak bongsu daripada dua orang adik beradik ini sememangnya manja walaupun usianya hampir menjengah 24 tahun. Nazim merupakan seorang graduan jurusan rekaan grafik Universiti Multimedia. Minatnya dalam seni dan fotografi  membuat dia memilih kerjaya dalam bidang yang mencabar itu.


sambungan kat sini - tekan > Empat Episode 1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 12:01 PM | Show all posts
napa tak sambung kat sini aja
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:53 PM | Show all posts
ermmm...better sambung sini aje la.. klu nak promote blog mod marah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2011 01:04 AM | Show all posts
nanti iols mintak full cerita kat die ye.. iols nak copy dari blog tu pun xleh.. dia mintak tolong jah.. hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 05:54 AM | Show all posts
Reply 4# idolfan


    noks , klu boleh sila kopipes dkt sini eh? sbb ai xnk yu just peromot belog dia jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 08:16 AM | Show all posts
Reply  idolfan


    noks , klu boleh sila kopipes dkt sini eh? sbb ai xnk yu just peromot belog ...
jingga007 Post at 31-1-2011 05:54


tunggu emel die..iols takleh kopipes dr belog...disable katanya!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2011 06:48 PM | Show all posts
Reply 6# idolfan


    boleh je klu yu nk kopipes

meh ai ajar tetibe

tp klu boleh cpt la eh ty tu...sbb nnt makin ramai pulak yg main peromot belog
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 07:34 PM | Show all posts
Reply 7# jingga007

EPISOD 1


Dia mencapai segugus kunci yang terletak di mejanya, lalu bergerak keluar menuju ke pintu.




Jim, tak makan dulu? I’ve made you some breakfast.Meh makan dulu..

Hurm..boleh jugak.



Dia menarik kerusi meja makan dan terus melabuhkan punggungnya. Sambil tersenyum, dia memerhatikan ibunya menyendukkan makanan ke dalam pinggannya.




Abang mana mama?

Abang dah pergi kerja. Pukul berapa interview?

Sepuluh.. Mama tak makan ke?

Takpelah, Jim makan dulu. Kejap lagi mama makan.



Jim. Panggilan manja Mohd Nazim Aimran yang digunakan oleh ibu dan abangnya. Anak bongsu daripada dua orang adik beradik ini sememangnya manja walaupun usianya hampir menjengah 24 tahun. Nazim merupakan seorang graduan jurusan rekaan grafik Universiti Multimedia. Minatnya dalam seni dan fotografi  membuat dia memilih kerjaya dalam bidang yang mencabar itu. Nazim adalah seorang pemuda yang bertubuh tinggi dan mempunyai paras rupa yang menarik. Ketinggiannya diwarisi daripada arwah ayahnya yang sememangnya pernah menjadi kegilaan ramai wanita sewaktu muda. Namun Puan Zawiyah, ibu kepada Nazim lah menjadi wanita bertuah kerana dapat memenangi hati ayahnya, Encik Nasarudin. Puan Zawiyah amat beruntung kerana dikurniakan dua orang anak lelaki yang sihat tubuh badan dan sedap mata memandang. Harta yang amat bernilai baginya, peninggallan arwah suaminya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya, 5 tahun yang lalu.




Nazim menghabiskan sarapannya lalu bangun mencapai beg galas dan kamera DSLRnya yang diletakkan di atas sofa.




Mama, Jim pergi dulu.

Bawak motor tu careful ye. Jangan laju-laju Jim..

It’s a scooter ma..

Alah, sama je kan. Ingat pesan mama tadi tu..

Okay Mama. I love you..

I love you more..

Assalamualaikum

Wa’alaikumusalam



Dia mencium tangan ibunya, lalu pergi. Pagi itu seperti biasa, Kuala Lumpur sesak dengan ribuan kereta yang menyusur masuk ke kota. Seakan pesta harian, manusia berpusu-pusu menuju ke destinasi masing. Ada yang ke pejabat, ke sekolah, dan ada juga yang sekadar hanya ingin menyesakkan lagi kota metropolitan ini. Nazim tiba di lokasi yang dituju, kurang 20 minit sahaja. Kelebihan menunggang skuter pastinya tidak perlu beratur menempuh kesesakan. Skuternya dipandu dengan berhati-hati , mengenangkan pesanan ibunya awal tadi. Dia meletakkan kenderaannya di tempat yang dibenarkan, behadapan dengan sederet rumah kedai tiga tingkat lalu bergerak terus menuju ke tempat temu janjinya.




***




Sebuah kereta MyVi berwarna merah jambu menyusur masuk ke kotak parkir kosong yang tersedia. Seorang wanita keluar dari kereta itu sambil menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya tadi semasa pemanduan. Orang tinggi, rambutnya sedkit coklat panjang melepasi bahu. Kulitnya putih, wajahnya pan asian. Cantik, memang cantik. Berpakaian t-shirt putih lengan pendek dan berseluar jeans biru, sungguh sederhana tetapi menarik. Sambil menggalas beg tangan dan memeluk beberapa buah buku, dia berjalan menuju ke sebuah kedai lalu berhenti di hadapannya. Dia memasukkan tangannya ke dalam beg dan mencari kunci yang tersimpan, lalu membongkok untuk membuka kunci kedai tersebut.




Morning Miss Sarah, ada baik ka ini hari?



Seorang lelaki India berumur menegurnya sambil melemparkan senyuman.




Morning Uncle Siva. Saya sihat je. Uncle?

Uncle pun ada baik juga. Sudah minum ka?

Sudah uncle. Kat rumah tadi. Eh uncle tak bukak kedai ke arini?

Eh, mana boleh..mesti buka. Uncle punya nephew sudah kasi buka tadi. Uncle baru mau pigi, tadi ada sikit hal. Mau uncle tolong buka itu pintu ka?

Eh, takpe uncle. It’s ok.

Itu macam ka? Okay. Uncle mau pigi kedai dulu. You have a great day aa…



Uncle Siva memang seorang yang peramah. Hampir setiap hari dia akan menegur Sarah. Mereka sudah saling mengenali semenjak hari pertama Sarah membuka kedai bukunya di situ. Uncle Siva dan pembantunya lah yang menolong Sarah sewaktu dia sibuk mengemaskan kedainya. Uncle Siva mempunyai sebuah kedai runcit yang terletak hanya beberapa selang daripada kedai buku tersebut.




Jam menunjukkan pukul 9.54 pagi. Hanya 6 minit lagi sebelum kedainya dibuka untuk operasi harian. Kedai buku yang telah diusahakan semenjak pulang ke Malaysia 2 tahun lepas, menjual pelbagai jenis buku baru dan lama dari pelbagai genre. Minat membacanya telah membuahkan idea untuk dia memulakan perniagaan tersebut. Saban hari dia akan menghabiskan masanya di sini. Semenjak permergian ayahnya 2 tahun lalu akibat penyakit jantung, Sarah menjadikan buku-buku tersebut sebagai peneman hidupnya. Meskipun sendirian, dia tidak pernah berasa bosan, kerana dia masih ada rakan-rakannya yang mengisi hari-hari lapangnya.




Kedainya mempunyai pengunjung tersendiri. Ini kerana kebanyakan buku yang yang dijualnya,agak berbeza dan jarang dijumpai di kedai-kedai buku ternama yang lain. Stok buku-bukunya terhad dan ada diantaranya dipesan khas dari Adelaide, tempat tinggalnya untuk beberapa tahun sebelum ini. Nur Sarah Rashiqa adalah anak kepada pasangan Abdul Rashid dan Veronica Thompson. Ibunya berasal dari Adelaide, Australia manakala bapanya adalah seorang jurutera warganegara Malaysia. Sarah dibesarkan di Kuala Lumpur, tetapi pada usia 16 tahun, bapanya mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat kelahiran isterinya, kerana pada waktu itu, Puan Veronica telah disahkan menghadapi kanser payudara, dan atas permintaannya, dia ingin berada dekat dengan keluarganya di sana.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2011 07:35 PM | Show all posts

Ternyata usianya tidak panjang. Sarah telah kehilangan ibunya kurang 2 tahun selepas itu. Pemergian ibu tercinta amat dirasai Sarah, kerana sebagai anak tunggal, hanya ibu dan bapanya menjadi tempat dia bermanja. Bapanya mengambil keputusan untuk terus menetap di Adelaide dan Sarah meneruskan pembelajarannya di sana dalam bidang perakaunan. Pada usianya 26 tahun, bapanya pula telah meninggal dunia. Kehilangan ini menjadi titik tolak untuk Sarah pulang ke Malaysia, kerana dia ingin melupakan segala kesedihannya di situ. Sarah memberanikan diri untuk hidup berdikari di sini. Walaupun masih mempunyai saudara belah bapanya di sini, namun Sarah tidak pernah mengenali mereka dengan rapat kerana keputusan bapanya untuk mengahwini seorang wanita berbangsa asing telah menimbulkan sengketa dan kemarahan keluarga bapanya. Semejak itu, bapanya tidak pernah berhubung dengan mereka lagi.




Walaupun kehidupannya senang, Sarah tidak pernah menggunakan harta peninggalan arwah ibu dan bapanya dengan sewenang-wenang. Sarah dididik dengan begitu baik oleh kedua orang tuanya. Dia diajar untuk tahu menggunakan kemewahan dengan cara yang betul, tidak sombong dan tidak memandang rendah orang lain. Pendek kata, pekertinya secantik wajahnya. Memang dia menjadi tarikan kepada ramai ramai lelakinya sewaktu di Australia. Pernah dia cuba untuk menjalin cinta namun seperti ada sesuatu yang menghalang hatinya untuk diberi kepada insan lain.




Sedang dia asyik mengemas buku-buku di rak, telefon bimbitnya berbunyi.




Hello..

Hello, may I speak to Sarah?

This is she. Who’s on the line?

Saraaaaaaaaaaaaahhh!!



Jeritan di telefon itu membingitkan. Sarah terkejut lalu menjauhkan sedikit telefon itu dari telinganya.




Erm… yeeess?

Sarah! Ni I la.. Aisha!



Wajahnya berubah. Bibirnya mengukir senyuman tanda dia mengenali nama itu.




Oh my god! Aisha!! I didn’t recognize your voice! Where are you?

I’m here, back in KL for 2 weeks. I miss you!!

Bestnya!! I miss you too..



Aisha. Seorang gadis Melayu yang kini belajar New Zealand . Persahabatan mereka berdua terjalin sewaktu mereka sama-sama belajar di Sekolah Convent Bukit Nanas semenjak Tingkatan Satu. Walaupun Sarah berpindah ke Australia selepas ketika pembelajarannya di Tingkatan 4 baru bermula, hubungan mereka tetap berkekalan sehingga ke hari ini.




How are you babe?

I’m good. You?

Of course I’m fine. Happy sangat dapat balik. I miss everyone here! How’s your store? Business good?

Alhamdulillah.. semua ok. Study camne?



Sedang asyik berbual. Seorang lelaki muda masuk ke dalam kedainya.




Sha, I gotta go. Ada customer, nanti I text you ok?

Sure…bye babe.



Taliannya dimatikan. Matanya tertumpu pada lelaki yang berjalan masuk tadi. Lelaki itu melihat ke sekeliling kedai tersebut. Dia seakan tidak perasan kehadiran Sarah di situ. Mungkin kerana Sarah berdiri agak terlindung daripada pintu utama.




Welcome to Bookklub.




Lelaki muda itu sedikit terkejut. Penglihatannya terus melekat ke wajah Sarah yang sedang tersenyum. Dia terpaku. Tidak berkedip kelopak matanya memandang Sarah.




Bersambung...

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 08:40 PM | Show all posts
Reply 9# idolfan


    tenkius ai tgk novel ni mcm best wlupun tajuk and cover buku dia unik
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:19 AM | Show all posts
Mana sambungannya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057749 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list