CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2177|Reply: 1

[Perak] Dua remaja cedera langgar belakang SUV polis

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Gerik: Dua remaja cedera selepas merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di persimpangan lampu isyarat di Kilometer (KM) 4, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Bandariang, di sini, awal pagi hari ini.

Kemalangan pada 4.10 pagi itu membabitkan Proton X70 dan motosikal Yamaha Y15, masing-masing ditunggang remaja berusia 18 dan 17 tahun yang dipercayai ditunggang secara laju.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kemalangan menyebabkan remaja berusia 18 tahun patah kaki dan tangan kanan serta luka di kepala, manakala seorang lagi cedera ringan akibat terbabas.

"Ketika kejadian kenderaan dipandu anggota polis bersama seorang pegawai polis yang sedang bertugas.

"Ketika berhenti di lampu isyarat, SUV berkenaan dirempuh di bahagian belakang oleh motosikal ditunggang remaja berusia 18 tahun.

"Bagaimanapun, sebuah lagi motosikal ditunggang remaja berusia 17 tahun sempat mengelak namun terbabas ke bahu jalan menyebabkannya luka ringan di kedua-dua kaki.

"Siasatan lanjut mendapati kedua-dua penunggang motosikal terbabit menunggang dalam keadaan laju dan hilang kawalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Inspektor Zaidi Yasin di talian 013-4487374 bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -belakang-suv-polis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:25 PM | Show all posts
muda2 semunya fuhh berani betol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057344 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list