CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10304|Reply: 47

French Revolution

[Copy link]
Post time 8-2-2011 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Fieza-mira at 8-2-2011 17:23

Salam....semua,

Saya dah tekan butang 'search' nak cari topik ni tapi takde...so, saya pun bukaklah benang baru......

Dulu ada keluar kat Astro History Channel pasal 'French Revolution' nih. Menarik sangat sejarah Perancis yang satu nih.....kisah macamana raja Perancis terakhir iaitu King Louis XVI digulingkan dan akhirnya dia dan permaisurinya Marie Antoinette dihukum pancung dikhalayak ramai.

Lepas tu banyaklah adengan pancung memancung sampai diorang boleh pancung 1000 orang dalam sehari. Pancung tak pakai pedang lagi tapi pakai alat 'guillotine' sebab ramai sangat.....lengoh tukang pancung (algojo) tu kalau nak pancung pakai pedang. Lepas itu orang ramai tengok macam tengok konsert siap bertepuk sorak bila orang kena pancung...

Ini zaman sebelum Napoleon......zaman gelap Perancis ibarat hidup dalam neraka zaman tu......ngeri dan sadis!!!

Nanti ada masa, saya cerita lagi....banyak sangat cerita2 sadis dia yang boleh kita jadikan pengajaran.

Sementara tu ada sesiapa nak cerita bolehlah.....tak kisahlah kopi_paste ker......kita syer2 kat sini.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2011 03:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 8-2-2011 15:32

Saya ada download siri French Revolution yang lakonan Jane Seymour, Sam Neil dan lain2 kat youtube tapi dah hilang sebab hardisk kong tak sempat nak save kat tempat lain. Nampaknya kena download lagilah......

Banyak part2 sadis dan sedih dalam cerita nih antaranya part Jane Seymour kena bicara, lepas tu kena pancung.....sedihlah pulak tengok nasib dia.....

Ialah.....dari seorang permaisuri yang hidup dia mewah melimpah berakhir dengan mati hilang kepala.....

Satu lagi part yang ironis......ialah masa sorang arkitek ni tunjukkan lukisan design alat potong kepala (guillotine) kepada King Louis, King Louis sempat bagi pandangan dan nasihat serta ubahsuai design alat tu supaya lebih efektif.......masa tu dia tak tahu lagi yang dia pun akan dapat 'merasa' alat tu.....hohohoho

Ada banyak babak lain yang menarik.....cerita dia best!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 03:18 PM | Show all posts
ade tgk kt chanel history gak,time 2009,ingt2 lpe cite die,hehe...
tp best...xsangka perancis pnye revolusi lg teruk dri
revolusi rusia...part pancung xley blah..{:2_67:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 03:29 PM | Show all posts
ade tgk kt chanel history gak,time 2009,ingt2 lpe cite die,hehe...
tp best...xsangka perancis ...
HAHA93 Post at 8-2-2011 15:18


Diorang bukan bunuh pakai pancung jer.....ada macam2 kaedah lain.

Antaranya:-

Deretkan pesalah lepas tu tembak dengan meriam,
ikat pesalah dan letak ramai2 dalam perahu kasi hanyut sampai perahu tenggelam
Tangkap pesalah lepas tu hantukkan kat kat tembok sampai pecah kepala
Bakar
dan macam2 lagi....sadis! sadis!

Zaman tu zaman gila bagi orang Perancis.....hampir semua orang kena sakit mental.....hari2 kerja diorang bunuh, bunuh, bunuh! Habis semua diorang bunuh termasuk padri.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 03:49 PM | Show all posts
terok nyer...
time ni yg memimpim sape name die?
lupe da....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 04:30 PM | Show all posts
Maximilien Robespierre....dia asalnya seorang lawyer. Dia nilah yang membicarakan King Louis dan isterinya.

Dia ni digambarkan sebagai seorang yang kejam, zalim, gila kuasa....dan lebih tepat lagi seorang yang MABUK DARAH! Tak pasti samada dia jadi presiden ke tidak masa tu....tapi dia sangat berkuasa selepas runtuhnya sistem monarki di Perancis.

Orang ramai sangat takut dengan dia ni sebab dia ni kerjanya tulis senarai orang2 yang patut dipancung. Siapa yang dia syak cuba menentang dia atau bersimpati dengan raja akan masuk senarai dia.   

Dia akan memasang spy dimerata kota Paris, jika ada sesiapa yang bergosip pasal dia, nama orang tu akan masuk senarai tak kira kawan atau lawan..

Orang yang nama dia ada dalam senarai....takde ampun lagi...tak kira terbukti atau tidak orang tu bersalah. Dia dah menghukum 40,000 orang tanpa bicara padahal dia seorang lawyer!

Siapa boleh tahan dengan dia ni.....?? Setiap hari ada jer senarai nama baru yang nak kena pancung. Orang ramai tunggu dengan debaran nama siapalah yang akan naik hari ni!!

Last2 orang ramai pun tak tahan dengan dia ni pakat2 gulingkan dia.....dan akhirnya dia pun mati kat mesin 'guillotine' tu jugak.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2011 05:24 PM | Show all posts
yang lucunya revolusi french, storming of the bastiles tu sebenarnya cuma 300 orang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 05:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by FussyPussy at 8-2-2011 17:40

Lepas Robespierre, majoriti rakyat realise, if they keep on killing everyone, nanti takde sapa dah tinggal nak tadbir negara and the killing gradually stopped.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2011 08:11 PM | Show all posts
yang lucunya revolusi french, storming of the bastiles tu sebenarnya cuma 300 orang.
adi_iskandar Post at 8-2-2011 17:24



    Part 'storming of the Bastiles' tu tak berapa faham apa puncanya. Setahu saya Fort Bastiles tu sebuah penjara dan kubu pertahanan dan pemberontak menyerang fort tu sebab tersebar khabar angin yang kononnya king Louis menangkap dan memenjarakan ramai rakyat Perancis yang menentang dia.

So, diorang serbu fort tu sebab nak membebaskan rakan diorang yang kena penjara padahal hanya ada 7 orang banduan jer kat situ dan banduan tu pulak kena penjara sebab jenayah & pembuat maksiat, bukan sebab menentang raja.....

Jadinya, diorang ni bertindak atas khabar anginlah........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 08:20 PM | Show all posts
Lepas Robespierre, majoriti rakyat realise, if they keep on killing everyone, nanti takde sapa dah t ...
FussyPussy Post at 8-2-2011 17:38



    Revolusi ni tamat selepas Napolean naik takhta dan angkat diri dia sebagai 'emperor'. Revolusi ni berlarutan selama 10 tahun (1789 - 1799) dan memakan korban antara 18,000 hingga 40,000 orang.....takdelah ramai sangat kan...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 08:55 PM | Show all posts
Antara sebab2 berlakunya revolusi ni ialah kebangkitan rakyat miskin & petani2 bangun menentang golongan aristokrat dan tuan2 tanah yang menindas diorang.

Rakyat Perancis terdiri dari 3 golongan iaitu petani, golongan pertengahan dan golongan aristokrat. Hanya golongan petani & pertengahan jer kena bayar tax sedang golongan aristokrat ni tak dikenakan tax. Bukan tu jer, petani2 tak punya tanah sendiri. Tanah ladang dimiliki oleh golongan atasan dan diorang kenakan sewa yang sangat membebankan kaum petani nih.

Kaum aristokrat ni memanipulasikan undang2 untuk memiliki tanah sebab mereka ada kuasa. Mereka boleh sesuka hati merampas tanah petani dan jadikan milik mereka dan memerah kederat petani untuk kesenangan mereka......mereka ni golongan penindas.

Raja pulak masa tu lemah dan leka hidup berpoya2 terutama permaisurinya Antoinette tu yang boros dan hidup mewah berlebih2an. Rintihan rakyat marhaen tentang kekejaman & penindasan golongan aristokrat tak sampai ke telinga raja sebab dah kena blok dengan kaum ni sebab diorang jer yang boleh mendekati raja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 09:01 PM | Show all posts
Keadaan diburukkan lagi dengan datangnya musim kemarau yang melampau dan banyak tanaman & ternakan mati dan rakyat mula kebulur.

Tuan tanah makin mencekik petani...walau tanaman tak menjadi, sewa tanah & cukai masih tetap kena bayar tak kurang se sen pun.

Raja masih terus hidup bermewah2 sedangkan rakyat tak makan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:41 PM | Show all posts
Revolusi Perancis ni banyak kuar buku Ripley's Believe It Or Not..
raja tulis dalam diary waktu serangan Bastil "Nothing happened today".....rileks dan sempoi (seingat aq lah)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 10:09 PM | Show all posts
Reply 13# zaharul_asriq94


    Mungkin sebab dia tak tahu apa yang berlaku kat luar istana & tak tahu tentang kebangkitan rakyat......maklumlah tak pernah ambik tahu hal masalah rakyat.....

Serangan fort Bastille tu adalah titik permulaan revolusi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 10:13 PM | Show all posts
Ada banyak gambar king Louis & queen Antoinette tapi tak reti nak tepek.....sesiapa yang pandai boleh tolong tepek kat sini?

Kalau ada gambar lagi interestinglah kita nak cerita......
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 06:10 AM | Show all posts
Reply 14# Fieza-mira

.maklumlah tak pernah ambik tahu hal masalah rakyat.....

    ye tak ye gak, mana diorang nak pedulikan hal2 rakyat yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 09:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 9-2-2011 09:21
Ada banyak gambar king Louis & queen Antoinette tapi tak reti nak tepek.....sesiapa yang pandai bole ...
Fieza-mira Post at 8-2-2011 10:13 PM


Aku tolong letakkan gambar gambar.


King Louis XVI








Kena Execution






Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:22 AM | Show all posts
Lagi Gambar Dia.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:25 AM | Show all posts
Marie Antoinette






Kena Execution


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 11:22 AM | Show all posts
Wah! dah ada gambar......tankiu winamp

Boleh tahan jugak handsome King Louis ni & Queen Marie pun cantik jugak......tapi cantik lagi Jane Seymour.....hehehehe

Diorang ni umur sebaya........Louis cuma setahun lebih tua dari Marie dan diorang ni umur 39 & 38 masa kena pancung tu.

Muda lagi.....anak ada 4 orang. 2 lelaki dan 2 perempuan. 2 anak dia mati sakit masa kecik. Sorang anak lelaki dia hilang....mungkin mati dibunuh. Hanya sorang anak perempuan dia jer yang selamat dan panjang umur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.235655 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list