CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11931|Reply: 10

[Jenayah] GEMPAR!!! Jurulatih tae kwan do berdepan 100 tahun penjara

[Copy link]
Post time 12-11-2023 11:35 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Mahkamah : Jurulatih tae kwan do berdepan 100 tahun penjara


Ahmad Munir ketika dikawal ketat ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI


SHAH ALAM – Seorang jurulatih tae kwan do berdepan penjara sehingga 100 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan antara September hingga Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Munir Zainuddin, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut semua pertuduhan, Ahmad Munir yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun termasuk menyentuh paha, punggung dan kemaluan mangsa selain menarik tangan mangsa bagi menyentuh kemaluan tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah dewan di Seksyen 24, di sini antara September hingga Oktober tahun lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan, sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd. Rashid manakala tertuduh diwakili Peguam Adil Safwan Ahmad Shaffie.

Mahkamah menetapkan jaminan keseluruhan RM30,000 dengan syarat tambahan adalah menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri setiap 1 hari bulan di balai polis berhampiran dan tidak boleh mengganggu mangsa.

Sebutan semula kes pada 14 Disember depan.

Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 8.50 pagi dengan dikawal ketat pasukan bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri ditahan di sebuah pasar raya di daerah ini kira-kira pukul 4 petang pada 2 November lalu.

Penahanan suspek dilakukan selepas menerima lima laporan berkaitan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 11 tahun.

Siasatan terhadap suspek yang direman selama tujuh hari sebelum ini mendapati suspek menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa di dalam tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah.

Ibu mangsa pula dilaporkan berkata, anaknya hampir setiap malam meracau dan mengigau selepas dicabul guru tae kwan do terbabit, malah ketika solat pun fikirannya masih terganggu.

Wanita yang dikenali sebagai Ani memberitahu, anaknya juga kini tidak mahu berenggang dengannya kerana begitu trauma. – KOSMO!ONLINE

  



Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... eksual-kanak-kanak/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 11:48 PM | Show all posts
100thn mereput dlm jel pun takkan dpt mengembalikan budak2 punya inesen

Harap mak mangsa bawak anak pergi jumpa doktor pakar, kesiannya kalau trauma terbawa2 sampai besar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:24 AM | Show all posts
Tak hensem sampai tahap budak tu meracau ko raba...bongok gile
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
good job mak bapak yang tak amik ringan aduan anak-anak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sialan sungguh perangai
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian baca budak2 tu sampai traums
Jahat sgt ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2023 07:08 AM | Show all posts
teringat kawan meols masa form 1 kena raba ketet dengan cikgu seni. Nasib baik sheols sejenis brutal, pastu mengadu kat cikgu BM. Tak pasti cikgu tu kena tindakan ke tak, tapi tak lama beberapa bulan lepas tu heshe pindah sekolah or maybe guru sandaran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow tgk polis pengiring dia, ade siapa boleh komen kenapa bertutup litup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu… replied at 13-11-2023 10:58 AM
Wow tgk polis pengiring dia, ade siapa boleh komen kenapa bertutup litup

kannn.. tertanya juga.. knapa gitu pakaian polisnya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apesal polis tu pakai macam tu? Aku ingatkan  kes simpan senjata api tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb dia Jurulatih taekwando kot.. So kenalah yg ganas2 sikit handle.. Ke tak? hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.302669 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list