CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5238|Reply: 9

[Tempatan] BERITA UNTUK M40: Kes penipuan umrah melonjak drastik tahun ini

[Copy link]
Post time 20-11-2023 03:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-11-2023 07:44 AM

CYBERJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mendedahkan kes penipuan umrah di seluruh negara semakin meningkat amat tinggi sepanjang tahun ini.

Menurut Setiausaha Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan Motac, Roslan Mohammad, angka kerugian dialami jemaah naik berbanding tahun lalu.

“Untuk rekod tahun ini sahaja setakat akhir bulan lepas, sebanyak 62 kes polis dilaporkan dengan melibatkan kerugian bernilai kira-kira RM2.1 juta,” katanya pada sidang akhbar.

Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Menteri, Khairul Firdaus Akbar Khan merasmikan Hari Umrah Malaysia yang julung kali diadakan di kompleks beli belah Malakat Mall di sini.

Acara itu dianjurkan Fakulti Pengajian Antarabangsa, YEG Academy dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Inovatif, Suara Belia, Brainy Bunch dan gedung komersial tersebut.

Sebanyak 20 agensi umrah tempatan menyertai program tiga hari itu yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bermula Jumaat lepas dan dihadiri hampir 10,000 pengunjung.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, kegiatan penipuan mula bertambah sejak sempadan negara dibuka luas dua tahun lepas susulan peralihan daripada era pandemik Covid-19.

Bahkan, industri tersebut diunjurkan kembali kepada keadaan sebelum wabak apabila seramai lebih 300,000 jemaah dari Malaysia dicatatkan mengerjakan umrah setiap tahun.

“Pada 2021, jumlah kerugian yang direkodkan hanya RM267,000 dengan enam kertas siasatan dibuka oleh pihak polis namun tahun berikutnya angka ini naik drastik,” katanya.

Sepanjang tahun lepas ujar beliau, sebanyak 127 laporan polis telah diterima di seluruh negara dengan nilai kerugian kasar yang dianggarkan mencecah kira-kira RM6.1 juta.

Angka itu tambahnya, belum termasuk lagi sejumlah 161 kes diterima Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) merekodkan sebanyak RM2.9 juta dari segi nilai tuntutan.

Sementara untuk tahun ini pula sehingga hujung bulan lepas sahaja kata beliau, tribunal berkenaan sudah menerima tuntutan bernilai RM7.09 juta yang membabitkan 355 kes.

Justeru, Roslan menasihatkan umat Islam yang ingin menunaikan ibadah itu agar lebih berwaspada dan boleh menyemak status agensi menerusi laman sesawang rasmi Motac.


Single Polls, Total 17 Users voted

Poll is finished

35.29% (6)
52.94% (9)
11.76% (2)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegi DIY sendiri je la
Mutawif sume ni menipuuuu jah
Zmn skang dh ada smartphone, sume info bleh dpt dlm tu.nak beli tiket tren pun dr apps jah.
Pastu mutawif ni kang kata kesian la kt org2 tua depa x reti bagai..dah tu sapa suruh hangpa menipu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-11-2023 08:58 AM
Pegi DIY sendiri je la
Mutawif sume ni menipuuuu jah
Zmn skang dh ada smartphone, sume info bleh dpt ...

Mutawif yg bgus pesan jgn berselfie… riak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:08 AM | Show all posts
sekarang ni jadi trend utk agent2 letak gambar or kempen umrah bersama retis.....yikes....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:12 AM | Show all posts
selagi yang menipu lepas, dia akan menipu lagi, dan lagi dan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 20-11-2023 11:08 AM
sekarang ni jadi trend utk agent2 letak gambar or kempen umrah bersama retis.....yikes....

Kan...bila pergi.. service nya hampeh x mcm diiklankan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk gi dgn agency, amik yg mmg established je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi yg ada reputation le.. yg ko ambik agent entah apa2 tu dh knp. Murah punya psal ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng tipu umroh ni mesti cina nyamar jadi melayu..takkan la lobai nak menipu!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
retis metis tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.094689 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list