View: 7720|Reply: 43
|
[Jenayah]
Bekas pekerja IT, Yew Wei Liang bersalah sebabkan kematian Syed Danial
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 5-12-2023 01:04 PM
Tangkap layar video yang tular di media sosial berhubung kemalangan membabitkan Syed Danial pada 2019 lalu.
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, mendapati seorang bekas pekerja bidang IT, Yew Wei Liang bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.
Hakim, Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Ketika membaca keputusan penghakiman, Julia berkata, beban untuk membuktikan hak pertahanan diri daripada ancaman kecederaan tubuh, terletak pada bahu tertuduh, mengikut Seksyen 105 Akta Keterangan 1950.
Menurutnya, pembelaan bagi tertuduh yang berasal dari Kelantan itu gagal membuktikan mangsa melakukan ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isteri.
"Wujud hak untuk mempertahankan harta tertuduh daripada perbuatan khianat oleh mangsa iaitu merosakkan kereta Innovanya, menggunakan kayu bola lisut.
"Bagaimanapun, hak pertahanan harta ini tidak dilanjutkan sehingga menyebabkan kematian simati," katanya menambah bahawa kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kekal tidak tercabar sehingga akhir kes pembelaan.
Susulan itu, Julia berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, pada 22 Ogos 2019, Wei Ling didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, yang juga pengurus bank di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos tahun sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada 20 Julai lalu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara pembelaan diwakili peguam, Wee Chong Keong.
Prosiding hujahan untuk sabitan hukuman, ditangguhkan ke jam 2.30 petang ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/638115/berita/semasa/bekas-pekerja-it-bersalah-sebabkan-kematian-syed-danial
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman mati dah takde lagi, kan?
Ni kes yg mana yach? Tak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke hukuman mati mandatori sudah dimansuhkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2023 01:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tinot7 replied at 5-12-2023 01:02 PM
Hukuman mati dah takde lagi, kan?
Ni kes yg mana yach? Tak ingat
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Naya lah wehhh...ikut hati yg tengah panas terus dapat 302. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 5-12-2023 01:02 PM
Hukuman mati dah takde lagi, kan?
Ni kes yg mana yach? Tak ingat
Ni kes gaduh kat highway Plus tu rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
semua nak tunjuk pailang, semua nak tunjuk gangster
ikut kan lagi hati yang marah
rasa kan la kena hukum gantung |
|
|
|
|
|
|
|
kes ni si mati tu yang salah kan? tapi sebab dia mati jadi orang lain yg salah
dia yang langgar kete cina tu pastu lari, pastu dia yang bawak keluar kayu pukul keta cina ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah 302. Pengajaran buat samseng jalanraya. Sikit2 nak pukul org. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-12-2023 01:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Cyempaka replied at 5-12-2023 01:10 PM
kes ni si mati tu yang salah kan? tapi sebab dia mati jadi orang lain yg salah
dia yang langga ...
..,pembelaan bagi tertuduh yang berasal dari Kelantan itu gagal membuktikan mangsa melakukan ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah terima hukuman, dah mati pun. Sekarang giliran yang menghukum pula untuk dihukum.
Atas jalan ni manusia terhormat pun boleh tumbuh tanduk apa lagi yang berdarah terrorist. Peringatan untuk diri sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo blh x payah la highlight apa keje tertuduh ni. Paper ni plk. Bidang keje dia x de kaitan dgn jenayah yg dia lakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde NGO sepet yg menggelupor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ye dah dimansuhkan kan tapi pada mandatori bermaksud hakim boleh jatuhkan hukuma selain darui hukuman mati seperti penjara, denda dan lain lain ikut hakim.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenyataan ko ni jika ada yang report, boleh sabit menghina mahkamah tau, sebab keputusan dah jatuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
malarky replied at 5-12-2023 01:33 PM
ye dah dimansuhkan kan tapi pada mandatori bermaksud hakim boleh jatuhkan hukuma selain darui huku ...
Ya. Hukuman mati masih ada. Tapi bukan lagi mandatori. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bukan semua kot hanya untuk akta2 tertentu je kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 5-12-2023 01:12 PM
Ada video kes ni dlu..
Dia hina mangsa kan...so video tu menguatkan lgi pertuduhan bunuh dgn niat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|