CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4245|Reply: 31

TV3 sahkan Zizan, Dira sebagai pasangan hos baru Melodi

[Copy link]
Post time 23-2-2011 11:19 AM | Show all posts |Read mode
TV3 sahkan Zizan, Dira sebagai pasangan hos baru Melodi

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai Zizan Raja Lawak, 27, dan Dira Abu Zahar, 27, bakal menjadi pengacara rancangan hiburan sensasi Melodi ternyata benar setelah pengurusan TV3 mengesahkannya semalam.
Penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar berkata, pemilihan Zizan dan Dira dibuat bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid Senario yang sudah enam tahun mengendalikan rancangan itu.
“Tidak dinafikan kehebatan dan keserasian gandingan Fara dan Wahid sepanjang enam tahun mengacarakan Melodi, tetapi kami merasakan pertukaran pengacara adalah salah satu langkah strategik yang wajar dilakukan.
“Kami yakin dan percaya dengan bakat yang dimiliki oleh Zizan dan Dira serta gandingan mereka berdua mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Bagaimanapun tegas Azman, dia tidak mahu penonton setia rancangan tersebut salah faham dan menganggap telah timbul masalah di antara pihak penerbit dengan Fara dan Wahid.
Katanya, perubahan perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus diperbaharui, relevan dan menepati kehendak cita rasa penonton.
Melodi merupakan rancangan hiburan sensasi yang mula diterbitkan pada tahun 1992 dan menampilkan pengacara popular seperti Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud dan Aznil Nawawi.
Rancangan yang bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad pada pukul 12.30 tengah hari turut berjaya menarik perhatian dua juta penonton.
Sementara itu, Zizan ketika dihubungi Kosmo berkata, buat masa ini dia masih belum dapat memberi sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut. Zizan hanya akan membuat kenyataan tentang pemilihannya itu pada satu sidang akhbar khas yang akan dibuat pada satu tarikh yang masih belum diketahuinya lagi.
Kosmo Ahad! baru-baru ini mendedahkan pengakuan Fara Fauzana tentang pengundurannya daripada rancangan itu kerana merasakan dia sudah terlalu lama menjadi hos program tersebut.
Fara ketika dihubungi semalam mengucapkan selamat berjaya kepada kedua-dua pengacara baru itu.
"Enam tahun saya bersama Melodi adalah satu pengalaman yang menggembirakan, saya harap mereka (Zizan dan Dira) juga akan gembira," katanya.



i likeeeeee zizan.. but not dira..heheh
(mod kalu dh ade merge je ekk )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 11:26 AM | Show all posts
ak suka je zizan jadi hos baru.........
dira ari tue macam malu-malu time jd pengacara jemputan......
anyway gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:27 AM | Show all posts
ak rasa wartawan pun kena tukar lar.......
tak best lar wartawan melodi sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:27 AM | Show all posts
i suke zizan........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:38 AM | Show all posts
Reply 2# eldacute

kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:40 AM | Show all posts
elok le wahid keluar
wahid tak sesuai untuk melodi sebab pada aku wahid ni orang baik2 la jugak
buat apa dia join program tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2011 12:19 PM | Show all posts
Reply 5# puteri


    tapi rasa nyer bley improve lagi sebab dira bukan spesies kayu kayan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:20 PM | Show all posts
Zizan mmg best,..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 12:21 PM | Show all posts
Reply 6# kukulangau

bgosip dengan penuh keinsafan kekdah nyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 12:24 PM | Show all posts
Reply 7# eldacute

haah hope bole improve tp cam x sesuai lak dira n zizan...patut letaklah johan n zizan..mesti lg malatupp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 12:26 PM | Show all posts
Reply 6# kukulangau


betul tu..dh haji dh kann....cam buruk lah ruphenye..x sesuwaii okk
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:26 PM | Show all posts
Reply 10# puteri


hehehe abis panas melodi sebab mulut longkang yang jadi pengacara
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 01:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by debab_78 at 23-2-2011 13:06

merge je la dgn benang sedia ada....

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=529330&extra=page%3D2
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 01:48 PM | Show all posts
saya sOkong zizan~


dira?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 01:55 PM | Show all posts
wait and see jelah lepas 27 mac nih....

dira pun ok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 02:01 PM | Show all posts
suka zizan jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 02:05 PM | Show all posts
ok gak tu, bagi peluang org lain pulak, zizan ngan dira dua2 ok
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 02:19 PM | Show all posts
paling x suka time Haliza Misbun mengacara dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 02:38 PM | Show all posts
byk job zizan...murah rezeki dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 03:03 PM | Show all posts
reporter melodi tuh pun patut tukar gaks
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.073774 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list