Edited by JoyahMengayah at 21-12-2023 04:52 PM
Urus niaga di semua kaunter akan dibuka semula pada 2 Januari 2024 manakala platform dalam talian akan beroperasi mulai 1 Januari 2024.
Pengeluaran secara dalam talian hanya boleh dilakukan menerusi portal www.myasnb.com.my dan aplikasi myASNB dengan had maksimum sebanyak RM2,000 atau pengeluaran tiga (3) kali dalam sebulan. Urus niaga pengeluaran dalam talian yang berjaya dilaksanakan akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
Pelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buatlah transaksi lebih awal agar pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan, iaitu dari 21 Disember 2023.
Berita terkait...
SHAH ALAM: Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada berhutang untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) susulan kadar dividen yang semakin menyusut.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembiayaan terkini ASB sekitar 4.7 peratus dan peningkatan itu bergantung kepada keadaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
“Jangan sesekali berhutang untuk melabur sedangkan dividen ASB sekitar 4.6 peratus sahaja dan jumlah ini makin menyusut setiap tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada (September 2023).
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, prinsip mudah untuk melabur perlu mengelakkan diri daripada berhutang supaya tidak terbeban dengan isu kewangan.
Ujarnya, jarang sekali keuntungan mampu berkekalan jika pelaburan dijana daripada sumber berhutang.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/elak-berhutang-untuk-pelaburan-asb-asyraf-wajdi-439307
|