CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22359|Reply: 27

[Dunia] Qatar Airways 'banned' Youtuber kerana ulasan negatif, selepas gagal merasuah

[Copy link]
Post time 18-12-2023 02:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 18-12-2023 08:10 AM

Qatar Airways telah mengharamkan seorang YouTuber popular selepas dia menyiarkan ulasan negatif berkenaan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Doha, selepas mereka cuba menawarkan tiket percuma pergi balik ke mana-mana sahaja destinasi di dunia.

Josh Cahill, menjana sumber pendapatan melalui ulasan-ulasannya tentang syarikat penerbangan dan dalam tempoh enam tahun dia telah mengembara dengan 185 syarikat penerbangan yang berbeza dan melakukan lebih 650 penerbangan yang disiarkan di YouTube dan Facebook.

Pembuat video itu berjaya menarik ratusan ribu jumlah tontonan kerana video-videonya, walaupun dia kadang-kadang menghadapi kritikan disebabkan tajuk videonya yang pelik dan kadangkala dianggap dramatik.

Beberapa bulan lalu, Cahill menyiarkan ulasan video yang bertajuk, 'The Shocking Decline of Qatar Airways' selepas menaiki penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke London Heathrow, melalui Doha.

Cahill menyenaraikan beberapa isu penting melalui dua sektor penerbangan di Kelas Ekonomi, termasuk isu pesawat lama, tandas kotor dan pramugari tidak bermotivasi yang dikatakan jarang tersenyum kepadanya atau tidak mesra ketika dia memasuki pesawat.

Walau bagaimanapun, Youtuber itu memuji kerusi Qatar Airways yang 'bertaraf dunia' untuk pesawat Boeing 777, Wi-Fi ketika penerbangan yang murah dan pantas serta seorang kru kabin yang memberikan servis yang baik.

Beberapa hari selepas menyiarkan video itu, Cahill menerima panggilan daripada Jabatan Komunikasi Korporat syarikat penerbangan itu. Pengurus kanannya mahu perbualan mereka itu dibuat secara luar rekod, tetapi Cahill enggan berbuat demikian dan berkongsi ceritanya di dalam sebuah video yang lain.

Cahill mendakwa, menerusi perbulannya bersama wakil syarikat, pihak Qatar Airways mendakwa bimbang kerana dia telah menimbulkan persepsi buruk terhadap syarikat itu dan menawarkan tiket penerbangan percuma jika dia sanggup memadamkan video tersebut.

Apabila Cahill enggan berbuat demikian, syarikat penerbangan itu mengatakan terdapat pencerobohan privasi kerana wajah beberapa anak kapal boleh dilihat di dalam video. Mereka memintanya agar memadamkan komen-komen yang ditinggalkan oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai anggota kru kabin Qatar Airways, yang membangkitkan isu serius tentang cara mereka bekerja di syarikat penerbangan itu.

Cahill sekali lagi enggan memadam komen-komen itu dan berkata, dia bersedia untuk menghantar maklum balas kepada syarikat penerbangan itu. Qatar Airways dikatakan menolak tawarannya itu.

Tidak berjaya memujuk Carhill, pihak Qatar Airways didakwa membuat aduan privasi di YouTube. Pada masa sama, Cahill menerima e-mel daripada seorang anak kapal yang muncul dalam video asal meminta video itu dipadamkan atas alasan "dia tidak pernah memberi kebenaran untuk wajahnya dirakam."

Anak kapal itu memberitahu Cahill, dia takut perkhidmatannya ditamatkan jika dia tidak menghantar kiriman e-mel tersebut.

Sebagai respon kepada aduan privasi, pihak YouTube walau bagaimanapun memutuskan untuk tidak memadamkan video itu, tetapi Cahill bersetuju untuk mengaburkan wajah kru yang terdapat di dalam videonya.

Gagal dalam desakan mereka, Cahill mendakwa telah diharamkan oleh pihak Qatar Airways di masa hadapan, dengan merujuk kepada syarat penerbangan yang mengatakan para penumpang dilarang membuat sebarang penggambaran di atas pesawat tanpa kebenaran rasmi oleh syarikat itu.

https://onemileatatime.com/news/qatar-airways-bans-youtuber-negative-review/





Single Polls, Total 32 Users voted

Poll is finished

40.62% (13)
21.88% (7)
18.75% (6)
18.75% (6)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
QA memang CC/AC/AH/Steward(ess) pape jelah korang sebut
Susah nak senyum
Dalam channel lain pun memang dah banyak kali sebut
Kerek

Dorang hanya akan senyum bila bagi coklat last sebelum touch down tu je
Youtuber memang confuse
Kenapa hanya mesra bila dah nak landing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2023 03:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 18-12-2023 02:46 AM
QA memang CC/AC/AH/Steward(ess) pape jelah korang sebut
Susah nak senyum
Dalam channel lain pun mema ...

Cc AC AH ni amender?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-12-2023 05:51 AM
Cc AC AH ni amender?

Meolls jawab CC = cabin crew, AC = air crew, AH = air hostess.

Betul tak kaka @she
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:21 AM | Show all posts
dah kenapa tak boleh kritik? sepatutnya Qatar Airlines amik note untuk tambah perkhidmatan mereka, dah lah cuba rasuah....teruk betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2023 08:24 AM | Show all posts
pengalaman aku naik qatar elok jer..nasib aku la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 09:04 AM | Show all posts
mamat ni la yg review kritik MAS kaw2 dulu tukan smpai CEO mas mencemar duli mintak maaf kat beliau.CASH!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 09:23 AM | Show all posts
arareez replied at 18-12-2023 07:53 AM
Meolls jawab CC = cabin crew, AC = air crew, AH = air hostess.

Betul tak kaka @she

Ok thank you  
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 09:40 AM | Show all posts
Boleh aje kritik cuma kena go thru laluan yg betul. Setiap company ada SOP utk handle issues & follow up. Apa yg mamat ni buat mostly viralkan issue utk personal gain i.e. likes, views monetize & fame etc. Aku dapat sense yg dia ni akan di banned dgn semua airline in the future..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:11 AM | Show all posts
shamsadis replied at 18-12-2023 08:21 AM
dah kenapa tak boleh kritik? sepatutnya Qatar Airlines amik note untuk tambah perkhidmatan mereka, d ...

kompani arab biasa le...super paranoid..dgn mat salleh sekor pun kecot rasuah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:29 AM | Show all posts
she replied at 18-12-2023 02:46 AM
QA memang CC/AC/AH/Steward(ess) pape jelah korang sebut
Susah nak senyum
Dalam channel lain pun mema ...

meols baru naik QA flights awal bulan nie, ada FA yg senyum, ada yg tak...but still they provide the same service, food pun sedap. Kita pun bukan nak tgk FA senyum manjang. Wonder why issue senyum nie pun nak jadi issue.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:30 AM | Show all posts
tungkai replied at 18-12-2023 09:40 AM
Boleh aje kritik cuma kena go thru laluan yg betul. Setiap company ada SOP utk handle issues & follo ...

agreed...dia viralkan for his personal gain jer...bole dpt free flight ticket....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:40 AM | Show all posts
betul.. CC QA mmg muka sombong semua, pernah naik flight kul doha masa tu mintak bottled water extra.. siap steward Pa*i tu cakap dah bagi kan tengok dlm tray tu dgn nada fed up.. hoi aku mintak extra tau lah dlm tray makanan tu dah ada

yg pompuan pulak kalau dengan my husband bukan main mesra aku penampar kang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak cari Makan
Macam Wartawan Editor Cari jugak...hari2 gigih kat serata forum buat thread sampah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:58 AM | Show all posts
stewardes tak senyum, korang marah, bila dorang senyum, punnnn korang hangin.....kelakar....aku kalau naik flight, as long as comfy seat, toilet bersih, dpt makan minum....entertainment system pun ok.....dah....koserrrr nak harap dorang senyum gelak ketawa ria or sembah ratu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 12:21 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 18-12-2023 12:22 PM
asamfish replied at 18-12-2023 10:58 AM
stewardes tak senyum, korang marah, bila dorang senyum, punnnn korang hangin.....kelakar....aku kala ...

Campare  dengan airline mana  yang nak dipakai sebagai standard reference penilaian ?

Jika dibandingkan  dengan SQ ... wajarlah jika lebih teruk .. bukan hanya Qatar Air .. tetapi majority airline lain yang ada ...mungkin juga termasuk MAS .... Hehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 18-12-2023 07:53 AM
Meolls jawab CC = cabin crew, AC = air crew, AH = air hostess.

Betul tak kaka @she

Betul2 sayammm

Lain orang/airlines lain deme nyebut
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 18-12-2023 10:29 AM
meols baru naik QA flights awal bulan nie, ada FA yg senyum, ada yg tak...but still they provide t ...

Entah sayam

Macik naik kapai terebang
Kije nak tido je

Tapi mungkin deme ni youtuber
Acah2 aviation geek
So entitled lah kot
Nak dilayan mesra
Atau mungkin sebab ada yang naik suite/first/business
Waima tukar point je
Kehendak diberi perhatian max tu totap ado
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 02:43 PM | Show all posts
she replied at 18-12-2023 02:10 PM
Entah sayam

Macik naik kapai terebang

hehe sama lah kita, plane belum terbang lagi, dah bantai tido...

itulah diorg nie fefeeling entitled sgt...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.549594 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list