View: 5964|Reply: 3
|
[Tempatan]
Jaga dituduh rogol kekasih usia 14 tahun
[Copy link]
|
|
Jaga dituduh rogol kekasih usia 14 tahun
https://www.bharian.com.my/berit ... kasih-usia-14-tahun
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Januari 11, 2024 @ 4:49pm
[email protected]
Seorang pengawal keselamatan berusia 23 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol kekasih berusia 14 tahun di Kampung Banggol Lepah, Ketereh. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol kekasih berusia 14 tahun pada Mei 2021.
Tertuduh berusia 23 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berusia 14 tahun tiga bulan ketika kejadian di Kampung Banggol Lepah, Ketereh di sini, pada jam 5 petang, pertengahan Mei 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh memohon supaya dibenarkan ikan jamin kerana dia perlu menanggung keluarga.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sejumlah RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 14 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap sekejap je pastu merasa ko duk dalam,ape la... |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan darul konoha...asik nak menutuh je keje oeg klate ni.. menutuh sambil.pakai lobai |
|
|
|
|
|
|
|
kakigebang replied at 11-1-2024 08:03 PM
kelantan darul konoha...asik nak menutuh je keje oeg klate ni.. menutuh sambil.pakai lobai
Ore kelate ni mmg kuat seks ke? Ke dorang x pandai cover asyik kantoi je tu yg asyik masuk berita je |
|
|
|
|
|
|
| |
|