CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14883|Reply: 0

[Johor] Muhammad Adham hilang selepas solat Jumaat

[Copy link]
Post time 14-1-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Adham.

PONTIAN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelajar madrasah Muhammad Adham Hafiz Abdullah, 15 yang hilang selepas solat Jumaat pada 12 Januari, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, Muhammad Adham merupakan pelajar Madrasah Al-quran Al-Fatah, Parit Archong, Benut, disini.

“Orang ramai yang mengenalinya boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SM Farida Hassan di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Pontian di talian 013-7311232 atau hotline IPD Pontian ( 07-6869999 ) atau mana-mana balai berhampiran.

“Alamat rumah Muhammad Adham adalah di PPR Melana Indah, Jalan Sutera Ros, Taman Perling, Johor Bahru,” katanya dalam Facebook Rasmi Polis Daerah Pontian.

Sementara itu, emak saudara kepada Muhammad Adham, Siti Farhana Md. Riduan, 37, berkata, anak saudaranya merupakan orang kelainan upaya ( OKU ) lembam pembelajaran.

Katanya, dia yang menghantar Muhammad Adham dan adiknya, Muhammad Arfan Danies, 8 tahun pada tahun lalu ke Madrasah tersebut bagi memberikan peluang mereka mempelajari ilmu agama.

“Emak Muhammad Adham, Siti Farahain, 34, merupakan adik saya. Anak saudara saya memang kurang bercakap dan pernah ini hilang sebelum ini dan dijumpai menyorok di bawah jambatan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai terutama di kawasan Benut, Parit Betak, Rengit dan sekitarnya supaya menghubungi pihak Madrasah Madrasah Al-quran Al-Fatah, Parit Archong, Benut dengan kadar segera atau Balai Polis Benut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... lepas-solat-jumaat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.564229 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list