CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2223|Reply: 0

[Sabah] Bekalan tenaga elektrik hari ini pada tahap berwaspada, diramalkan tidak ada catuan

[Copy link]
Post time 23-1-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode


ADRIAN

KOTA KINABALU: Bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini (Isnin) diramalkan pada tahap berwaspada, namun dijangka tidak berlaku catuan.

Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Mosigil berkata, keseluruhan bekalan tenaga dianggarkan berjumlah 1,128MW.

“Ia termasuk penjanaan tenaga solar yang dibekalkan syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Tadau Energy Sdn Bhd sebanyak 18.3MW daripada keupayaan penjanaan maksima 50MW, bergantung kepada cuaca dan tenaga suria.

“Manakala, jangkaan waktu puncak hari ini (Isnin) adalah pukul 2.30 petang dengan permintaan tenaga maksima diramalkan boleh mencecah sehingga 1,027MW,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 101W sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu itu.

“Justeru pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini (Isnin) diramalkan tidak akan berlaku.

“Semalam (Ahad) waktu puncak adalah pukul 7.30 petang dengan permintaan tenaga maksima sebanyak 957MW dengan stok lebihan bekalan tenaga yang tidak digunakan sebanyak 156.79MW,” katanya.

Untuk rekod, Pengendali Sistem Grid atau Grid System Operator (GSO) merupakan sebuah jabatan dalam SESB yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sistem grid dengan cara yang selamat, terjamin, sentiasa stabil, dan ekonomi.

Jabatan ini akan memberikan ramalan bekalan tenaga dan catuan elektrik pada setiap Isnin sehingga Jumaat untuk rujukan pengguna dan pemegang taruh SESB.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052278 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list