View: 8177|Reply: 11
|
[Jenayah]
"Dah Macam Petaling Street" - Menjual Minyak Wangi Tiruan, Ada Hogo Boos Dan Sauvace!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular di platform X, seorang lelaki mendakwa di KLIA Terminal 2 kini ada peniaga yang menjual minyak wangi tiruan
Perkara tersebut mendapat perhatian daripada beberapa netizen yang agak kesal dan marah dengan maklumat berkenaan
"Kenapa jual dekat KLIA 2? Dah macam Petaling Street dah jual barang-barang imitation," tulisnya di kapsyen.
Tambahan lagi, terdapat pihak yang turut menyalahkan pihak pengurusan lapangan terbang kerana tidak menyemak produk dengan betul. Malah, ada juga yang tertarik dengan cara penamaan beberapa minyak wangi tersebut seperti "Hugo Boos".
Pengguna platform X juga membuat anggapan bahawa ini mungkin kedai diskaun yang menjual barang. Hal ini kerana, kedai bebas cukai rasmi kemungkinan besar undang-undangnya lebih ketat. Tetapi, menjual barangan tiruan adalah menjadi kesalahan dan melanggar undang-undang di Malaysia.
Terbaru, pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tampil beri maklum balas
Susulan itu, pihak pengurusan MAHB tampil menjelaskan bahawa mereka akan menyampaikan maklumat tersebut kepada Segi Astana Sdn. Bhd kerana pengurusan pusat membeli-belah KLIA 2 berada di bawah bidang kuasanya.
Tambahan lagi, MAHB juga mengucapkan terima kasih kepada para pengguna platform X kerana highlight isu ini.
"Thank you for highlighting this matter to us. We will extend this information to Segi Astana Sdn. Bhd. as the management of gateway@klia2 shopping mall falls under their jurisdiction. Thank you," balas Malaysia Airports di ruangan komen.
"Sepatutnya tak boleh. Biar barangan murah, tapi jangan jenis tiruan." - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 774.8K tontonan, 3.5K tanda suka dan 79 komen di platform X.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia boleh la abang-Abangla |
|
|
|
|
|
|
|
jadilah kan nak rasa2 dr takde ye tak
tp mcm mana boleh lepas tah |
|
|
|
|
|
|
|
Klia2 mmg semak dgn kedai2.
Tp selamba bukak kedai jual barang tiruan kat airport mmg melampaula |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni pun beli perfume kat shopping mall under branded item pun aku tak berapa nak percaya lagi. Beli Giorgo Armani versi oversea dgn local sgt berbeza bau & ketahanan dia. Ofkos la harga local lagi mahal sebab currency kita menjunam... |
|
|
|
|
|
|
|
gila jual barang tiruan terang2 gitu.. aku ada nampak kat fb ada kedai handbag branded katanya personal shopper, tapi buka kedai jual beg coach, mk dalam satu kedai. setau aku takleh jual mcm tu kan? aku rasa cam china AAA je beg2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|