CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10915|Reply: 49

Marissa Dania Mengaku ‘Introvert’ Dan Minat Bisnes, Netizen Tak Percaya -“Tapi Sondol Suami Orang..”

[Copy link]
Post time 20-2-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode






Pempengaruh yang juga model, Marissa Dania Hakim mengaku  dirinya seorang ‘introvert’ iaitu pemalu dan lebih selesa melakukan banyak perkara secara bersendiri.


Marissa Dania, 19, yang juga anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi membuat pengakuan tersebut ketika disoal mengenai perwatakan dirinya.


Menerusi video dimuat naik, pempengaruh berusia 19 tahun itu dilihat sedang ditatarias sebelum disoal tentang dua perkara mengenai dirinya.


“Marissa seorang yang introvert atau extrovert?”soal individu tersebut sebelum Marissa menjawab ringkas dirinya seorang introvert.








Marissa kemudiannya ditanya mengenai pekerjaan atau kerjaya yang akan diceburinya jika dia bukanlah seorang pempengaruh.


Jawabnya, dia amat meminat dunia perniagaan dan berkemungkinan akan menjalankan bisnes seandainya tidak bergelar pempengaruh seperti sekarang ini.


“Marissa minat bisnes. Kalau saya tak jadi influencer (pempengaruh), mungkin saya akan menjalankan perniagaan,”katanya.





Video yang kini mendapat lebih daripada 400,000 tontonan telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.


Mereka seolah-olah mempersoal mengenai jawapan yang diberikan oleh Marissa Dania apabila mendedahkan dirinya seorang ‘introvert’.


Ini kerana ramai dalam kalangan warganet tidak percaya anak kepada pasangan selebriti itu benar-benar ‘introvert’, terutama namanya menjadi bualan dan didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga seseorang.






Tidak kurang juga ada yang mengatakan seseorang yang mempunyai perwatakan ‘introvert’ tidak akan mengganggu suami orang, lebih-lebih lagi berani berkomunikasi dengan lelaki.


Warganet juga dilihat meninggalkan komen sarkastik terhadapnya selepas tular kontroversi pempengaruh itu berkahwin di Songkhla, Thailand baru-baru ini dengan suami orang bernama Aslam.






Dalam pada itu, warganet juga tidak menafikan pempengaruh itu sememangnya cantik seperti ibunya, Abby Abadi yang juga seorang pelakon dan usahawan.






Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan Marissa & Aslam bernikah 17 Disember lalu di Thailand sewaktu isteri pertama lelaki itu, Misya Mazlan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.


Aslam dan Misya yang bercerai pada September tahun lalu telah kembali rujuk sekitar Oktober sebelum Marissa dipercayai mengajak lelaki itu berkahwin selepas itu.







Untuk rekod, kontroversi melibatkan Marissa Dania yang dipercayai menyondol rumah tangga satu pasangan telah didedahkan di media sosial apabila isteri kepada lelaki berkenaan memuat naik hantaran di laman X.


Selepas isu tersebut tular, anak kedua kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu telah memuat naik pengakuan berhubung isu tersebut.


Difahamkan, remaja terbabit juga tidak lagi mengikuti ibu bapanya di media sosial dan menutup ruangan komen di Instagram serta aplikasi TikTok.


Kini, Marissa mahupun Misya yang dikatakan sudah bermadu itu ligat memenuhi undangan sebagai model bagi beberapa produk jenama tempatan.


Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab


Sumber: TikTok @lovaacosmetics.hq/OhMedia/mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar pegun lawa. Tadi tengok video yg dia cakap tak mau menari tu (video tudung LR), aku macam eh dia ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia masa muda memang lawa. Turun la sikit kat cara senyum dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ada pnynyi tersohor introvert malu2 gitu sopan santun last2 caras laki mak angkat sdrik…
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kahwin ngan laki orang perempuan je la yg kena tuduh sondol.hakikatnya bertepuk sebelah tangan tak berbunyi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:47 PM | Show all posts
introvert sampai check-in hotel masa underage.... butttttttttttttttttttttoooooooooooohhhhhhhhhh puihhhhhhhhhhhhhhhh!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 20-2-2024 03:57 PM
Gambar pegun lawa. Tadi tengok video yg dia cakap tak mau menari tu (video tudung LR), aku macam eh  ...

Tlg tepek link. LR tu leeyanarahman ke? I cari xjumpa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:48 PM | Show all posts
Introvert tu pun dia tak tahu maksud agaknya, sejenis budak sekarang.. introvert la anxiety lah.. Terpaling!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2024 04:51 PM | Show all posts
Cuba tepek video misya dgn marissa sebelah-sebelah, marissa cover2 cun.. Jawab biasa sudah lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Introvert tak tepek selfie berjuta dik... Tak best pun jadi introvert... Apahal semua orang nak mengaku introvert eh???
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 20-2-2024 04:48 PM
Introvert tu pun dia tak tahu maksud agaknya, sejenis budak sekarang.. introvert la anxiety lah.. Te ...

Pastu suka claim depression. Stress dengan depression pon x boleh beza.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 20-2-2024 04:48 PM
Tlg tepek link. LR tu leeyanarahman ke? I cari xjumpa

Ya. Iols tak jumpa embed link so here goes https://www.instagram.com/reel/C3h73B7PkC3/?igsh=bmJsMjdjaml0OWp4

Tengok kat leeyanarahman.co punya reels. Ikut gigi sapa laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:04 PM | Show all posts
kemungkinan jugak dia ni introvet.introvet ni x pandai bergaul sgt...kawan dia ada pun limited...
agaknya aslam jek la lelaki yang dia kenal n yang berjaya menyakinkan si marissa ni...tu sbb la dia dah x fikir lain.....

klu jenis extrovet...dia kenal bnyk org muda bergaul n mesra dgn ramai org...klu setakat mcm aslam tu...bye2 jek la...

sama mcm tok ti kan..dia jenis introvet kan dulu...dato k jek la yang berani dekat...and udah rasa mcm xde lelaki dah dlm dunia....

walaupun tu dah jodoh mereka...huhuhu....misya terima je la bermadu dgn marissa
x cukup duit u roger jek marissa suh topup...job dia bnyk skrg ni...

p/s. ckp mmg mudah..hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah tu..semua nak ngaku introvert
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi nets pun janganlah buli si marissa ni.kang jadi macam suicide influencers
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 20-2-2024 03:57 PM
Gambar pegun lawa. Tadi tengok video yg dia cakap tak mau menari tu (video tudung LR), aku macam eh  ...

ye betul.. trus terlintas sape ni.. x lawa pon beshe2 je.. dgar pulak suara dia bercakap.. hakikat nye dlm gbr bermekap je lawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2024 05:33 PM | Show all posts
azimodin replied at 20-2-2024 08:56 AM
Pastu suka claim depression. Stress dengan depression pon x boleh beza.

Kelar-kelar tangan.. Bahaya tau influenzer ni dorang buat benda tak elok, budak-budak sekolah ikut.. Iols tengok budak skrg banyak tengok tiktok amik contoh kat situ.. Contoh mcm si maca tu pakai tudung, dorang ikut.. Bukak tudung, dorang ikut.. Ada lagi sekor claim anxiety siap lukis2 gmbar mcm tgh anxiety.. Dah semua nak claim anxiety.. Tu belum yg claim sakit pastu doktor tak bagi pakai tudung.. Rasa nak lempang!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Introvert tp booking hotel
Introvert tp pandai lari ikut jate kawin siam
Kalau tak introvert tak tau apa lagi yg sheols akan buat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:35 PM | Show all posts
wikedsaikel replied at 20-2-2024 09:00 AM
Ya. Iols tak jumpa embed link so here goes https://www.instagram.com/reel/C3h73B7PkC3/?igsh=bmJsMj ...

Gediknya! Nampak mcm memey budak ni, maklum lah dari kecik sesama kan.. Membesar bersama dari kecik, kan dah terikut
Dok gelak2, mulut nganga luas2.. Iols syak dia mmg idolakan mak tiri dia lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Introvert takkan berani nak buat catwalk pun.. modelling lg payah sbb tak suke exposure

Aku tengok dia ni acah2 sopan ayu malu2.. hakikatnya dia daring!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.108302 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list