View: 5927|Reply: 0
|
Aniq sasar angkat 305kg
[Copy link]
|
|
Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan. NSTP/Amirul Fazli Zulkafli
KUALA LUMPUR: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan ada misi peribadi untuk mengangkat bebanan keseluruhan 305 kilogram sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang dilakukannya di Kejohanan Angkat Berat Dunia Grand Prix II Qatar, Disember lalu.
Pemegang rekod kebangsaan dalam kategori 61 kilogram (kg) dengan angkatan 296kg itu dijadual menyertai kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 terakhir di Phuket, Thailand pada April ini dan baginya, proses untuk melunaskan sasaran berkenaan akan dilakukan secara peringkat demi peringkat.
"Kelayakan terakhir adalah pada April nanti di Thailand. Selepas itu, baru dapat senarai 10 teratas yang akan ke Olimpik Paris. Saya mempunyai sasaran peribadi untuk melakukan 305kg. Insya-Allah saya akan cuba capai.
"Begitupun, Di Thailand nanti, saya letakkan sasaran 300kg," kata Aniq yang berada dalam senarai atlet porgram Road To Gold (RTG) itu dan pada ketika ini, berada dalam keadaan fizikal terbaik untuk memburu kelayakan ke Paris 2024.
Katanya, dia memperoleh banyak kelebihan di RTG seperti perkhidmatan di Institut Sukan Negara, peralatan dan juga elaun tambahan.
"Semua itu dapat membantu saya untuk lebih bermotivasi. Daripada sudut pemulihan, (dengan bantuan RTG), ia lagi cepat dan pemakanan juga bagus.
"Untuk angkat berat, lebih kepada pemulihan dan pemakanan. Itu sangat penting kerana kami mengangkat bebanan berat dan boleh tercedera tetapi proses pemulihan itu akan lebih cepat (dengan bantuan khidmat RTG). Jadi itu adalah antara manfaatnya," kata Aniq.
Aniq ketika ini di landasan tepat untuk ke temasya terbesar dunia di Paris selepas menduduki tangga ketujuh ranking kelayakan manakala seorang lagi rakan seperjuangannya, Mohamad Aznil Bidin berada di tangga ke-17 untuk senarai panjang kelayakan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
"Persaingan (dengan Aznil) sihat. Kami saling menyokong antara satu sama lain dan mana yang saya kurang pengalaman, saya akan tanya kepada dia," kata Aniq yang turut menerima motivasi tambahan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023, semalam.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -sasar-angkat-305kg |
|
|
|
|
|
|
| |
|