CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7801|Reply: 9

[VIDEO] Kanye West ‘mengamuk’ disaman Adidas RM1.19 bilion

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:52 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Kanye West ‘mengamuk’ disaman Adidas RM1.19 bilion

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... idas-rm1-19-bilion/

Oleh MOHD. HAIKAL ISA
27 Februari 2024, 9:54 pm

  


Penyanyi rap terkemuka Amerika Syarikat, Kanye West mendedahkan disaman Adidas sebanyak AS$250 juta (RM1.19 bilion).

PENYANYI rap Kanye West berdepan kemungkinan disaman syarikat jenama kasut sukan gergasi dunia, Adidas berjumlah AS$250 juta (RM1.19 bilion) selepas dia usaha samanya dengan syarikat tersebut ditamatkan.

West atau nama sebenarnya, Kanye Omari West, 47, turut menentang sekeras-kerasnya pengeluaran sneakers baharu Yeezy oleh Adidas iaitu Yeezy 350s yang disifatkannya sebagai tiruan.

“Adidas mengeluarkan Yeezy tiruan, tidak membayar (saya) dan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap saya,” tulis pelantun lagu Heartless itu menerusi Instagram.

Dalam satu video dimuat naik, bekas suami personaliti popular, Kim Kardashian itu mendedahkan bahawa pengeluaran kasut Yeezy baharu tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya yang merupakan pencipta sneakers fenomena global tersebut.

“Bukan hanya mereka mengeluarkan Yeezy tiruan yang tidak diluluskan, mereka (Adidas) juga nak saman saya AS$250 juta serta tidak bayar saya untuk kasut yang dikeluarkan tertera nama saya.

“Mereka menggunakan klaus kontrak ‘lama’ untuk membinasakan seorang bintang seni kegemaran kalian semua secara terang lagi bersuluh,” ujarnya lagi.

Disebabkan pendedahan berani mati West itu, ramai dalam kalangan penggemar kasut atau sneakerhead mula mengugut untuk memboikot Adidas.

“Suarakan kebenaran anda,” kata bintang rap legenda, Snoop Dogg.

“Boikot Adidas. Semua pakaian dan kasut mereka (Adidas) sejak kebelakangan ini mengarut,” demikian antara komen pengguna Instagram lain.

West merupakan antara pemuzik terkaya dunia berstatus bilionair. Selain muzik, antara bisnes atau perniagaan yang membuatkan dirinya kaya raya adalah kolaborasi dengan syarikat terkemuka dunia termasuklah Nike, GAP, and Balenciaga dan Adidas.

Sejak akhir-akhir ini, pemenang 24 buah trofi Grammys itu sering dikritik disebabkan masalah kelakukan dan kelantangan dirinya mengutuk bangsa Yahudi disebabkan peperangan melibatkan Palestin.

Disebabkan kenyataan anti-semitik (anti Yahudi), Adidas mengambil keputusan menamatkan kontrak bersama penyanyi rap, Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye.

Memetik laporan BBC, Adidas memutuskan usahasama dengan Ye kerana menyifatkan ucapan yang berunsur hasutan dan anti-semitik sebagai keterlaluan.

“Adidas tidak bertolak ansur dengan komen kebencian. Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian, berbahaya dan melanggar nilai kepelbagaian dan polisi syarikat,” kata wakil syarikat itu. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
KimK menadah kerang dgn heol sbb size or money?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
j3m4h replied at 28-2-2024 12:26 AM
KimK menadah kerang dgn heol sbb size or money?

Bukan skrg lain ke bini dia? Kim dah cerai dgn dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
G la mkn ubat. Makin gilo dah. Tgk la girlfriend dia yg skrg tu dia kasi pakai baju ape. Dah mcm jadi bapak ayam pada gf sendiri pulop
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Attention seeker much.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2024 12:43 PM | Show all posts
Much of an attention-seeker. 
retro bowl 
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbiasaje replied at 28-2-2024 02:37 AM
Bukan skrg lain ke bini dia? Kim dah cerai dgn dia kan?

Mmg dah serai…skrg Ye dgn Bianca tu…sheol lagi daring n try hard nk overshadow Kim…tp xde aura sgt pon…ala2 whore bitchy gittew…si Kim plah desperate money smp jual birkin dirty harga jewsss gamaknye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 08:11 PM | Show all posts
So brand Yezzy tu kerjasama heols & adidas. Dh ditamatkan. Pastu Adidas nak keluarkan kasut baru guna Yezzy jugak. Sapu sorang , gitulah ye? Acaner kontrak deyols dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:37 AM | Show all posts
Kanye West, also known as AWest, is voicing strong opposition to Adidas's production of the new Yeezy 350 sneakers, which he considers imitations. In an Instagram post, he stated, "Adidas produced fake Yeezys, didn't pay (me), and wanted to take legal action against me." He emphasized that these new shoes were released without his approval and accused Adidas of wanting to sue him for $250 million while profiting from his brand. It’s essential to keep an eye on this situation, especially for fans and collectors, as it could impact the Yeezy line's future. Meanwhile, if you're looking for something fun to pass the time, check out the blooket home screen for engaging games!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.090444 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list