CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11067|Reply: 32

[Tempatan] TERKINI! Raja Norway, King Harald V kini dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 28-2-2024 11:12 AM

Raja Norway Raja Harald V dikejarkan ke Hopsital Sultanah Maliha Pulau Langkawi, kata jurucakap Keluarga Diraja Norway pada Selasa. - Gambar fail/REUTERS

KUALA LUMPUR: Raja Norway Raja Harald V dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi, kata jurucakap Keluarga Diraja Norway pada Selasa.
Memetik Reuters, Raja berusia 87 tahun itu dilaporkan mengalami jangkitan.

Difahamkan ia berkaitan masalah respiratori serta jantung dan Astro AWANI masih mendapatkan pengesahan rasmi berkaitan perkembangan ini.


Baginda ketika itu dalam lawatan peribadi ke beberapa negara di Asia Tenggara.

"Baginda jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke hospital di sana, susulan jangkitan.
"Baginda mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway," kata keluarga diraja itu dalam satu kenyataan.

Raja Harald telah menjadi ketua negara istiadat Norway sejak 1991 dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.

Dia telah berulang kali dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selain telah menjalani pembedahan jantung.

Putera Mahkota Haakon merupakan Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V.

Memetik Associated Press pada 31 Januari lalu yang memetik kenyataan Istana Norway berkata, Raja Harald V sedang bercuti sakit sehingga 2 Februari susulan jangkitan pernafasan.

Pada bulan Disember, baginda dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dan dirawat dengan antibiotik intravena.

Baginda yang dilihat menggunakan tongkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjalani pembedahan untuk menggantikan injap jantung pada Oktober 2020 selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas.

Tugas Harald V adalah sebagai Ketua Negara Norway bagi majlis dan upacara rasmi negara selain Baginda tidak mempunyai kuasa politik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Wuish
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 01:54 AM | Show all posts
harald dan charles kongsi moyang yg sama, kuin victoria
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ohh mmg dh uzur pun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 sibuk g serbu hatyai, king norway pula g bercuti ke langkawi. X de taste acik2 kt malaysia ni g serbu hatyai yg busuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh ingt mmg sengaja nk masuk hospitl sini..kebetulan je la..
i emoga tuanku cpt sht..raja kita tamo p melawat ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2024 12:18 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 28-2-2024 11:20 AM
Acik2 sibuk g serbu hatyai, king norway pula g bercuti ke langkawi. X de taste acik2 kt malaysia ni  ...

Raja Norway mesti stay dekat St Regis dan selevel dengannya.. bukan macam acik kepam balik2 stay Kuah beli cokelat dan mangkuk saja, pastu meroyan langkawi xdak apa dan mahai..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:22 PM | Show all posts
edayildiz replied at 28-2-2024 12:06 PM
wahhh ingt mmg sengaja nk masuk hospitl sini..kebetulan je la..
i emoga tuanku cpt sht..raja kita ta ...

tapi banyak ja orang2 dari US mai buat operation kat Malaysia sebab dekat sini kos utk surgery jauh lebih murah daripada kos negara depa. Macam ada satu acik tua kokesen dari US ni, terbang mai Malaysia utk buat operation lutut. kos total kat Malaysia hospital private dalam $8-10K, kat US dia kata $25k usd ponm belum tentu boleh buat lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 28-2-2024 12:22 PM
tapi banyak ja orang2 dari US mai buat operation kat Malaysia sebab dekat sini kos utk surgery jau ...

Bab gigi yg kt sini kita rs mahal pung kt us lagi mahal...
Musti ada la pakar jantung pakar respitori terbang la tu ke langkawi..m
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:44 PM | Show all posts
Walaupun gigi yang kami ada di sini mahal, ia jauh lebih mahal di sini.
Pakar kardiologi dan pakar paru-paru terpaksa menaiki kapal terbang ke Langkawi.
spend elon musk money 
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 01:13 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 28-2-2024 12:24 PM
Bab gigi yg kt sini kita rs mahal pung kt us lagi mahal...
Musti ada la pakar jantung pakar respit ...

kawan i foreigner abang duduk sweden, asalkan datang sini segala benda la buat..jumpa dentist buat spek potong rambut bagai sebab murah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 28-2-2024 12:22 PM
tapi banyak ja orang2 dari US mai buat operation kat Malaysia sebab dekat sini kos utk surgery jau ...

Yep..bos i pun balik US kerja sana balkk...cuti hari tu  mai malaysia sambil checkup kesihatan..apoo..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 01:36 PM | Show all posts

Vikings ni mmg besar tinggi kan bdn depa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 28-2-2024 12:22 PM
tapi banyak ja orang2 dari US mai buat operation kat Malaysia sebab dekat sini kos utk surgery jau ...

oic..yg i tau org yindon je suka terbang sini..ni yindon yg highclass kt jakarta sana la yg i mksdkn..dorg puji malaysia bgs bab perubatan banding doc yindon sana tau kutip duit je tp penyakit ttp x ok..
sakit lutut jgk x silap i..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 03:39 PM | Show all posts
newyork replied at 28-2-2024 01:17 PM
Yep..bos i pun balik US kerja sana balkk...cuti hari tu  mai malaysia sambil checkup kesihatan..ap ...

cth ctscan kat Malaysia kos antara RM500 ke RM2000 dekat US lepas convert duit ringgit sampah antara RM1200 - 23k






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Agong baru tak pi melawat ke.. lawatan muhibbah gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 28-2-2024 01:13 PM
kawan i foreigner abang duduk sweden, asalkan datang sini segala benda la buat..jumpa dentist buat ...

Orang kat Sweden tu kalau tak ke mana2 tapi kena buat gigi, dia pergi ke Poland sebab murah banyak dari Sweden.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 03:49 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 28-2-2024 12:18 PM
Raja Norway mesti stay dekat St Regis dan selevel dengannya.. bukan macam acik kepam balik2 stay K ...

hahaha...takkan Raja Norway nak gi HIG shoppoing pinggan mangkuk plak kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 28-2-2024 04:33 PM

Tp kan cousin iols ckp beli product apple kt sini lg murah dari beli kt UK. Iols terpinga2 sbb iols x de satu pun brg apple. Betullah kata2 kejatuhan myr ni ada hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-2-2024 03:36 PM
oic..yg i tau org yindon je suka terbang sini..ni yindon yg highclass kt jakarta sana la yg i mksd ...

Indon banyak suka mai Penang. Biasa jumpak kat airport tengok beg besaq2 mai ramai2 ingatkan holiday rupanya datang utk buat operation. Van2 spital pun banyak yg datang pick up patients diorang dari airport. Takpayah naik shuttle bas ke spital.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.306665 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list