CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7167|Reply: 24

[Tempatan] Cuaca panas di Semenanjung selama 7 hari

[Copy link]
Post time 15-3-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas di Semenanjung selama 7 hari

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... jung-selama-7-hari/

Oleh ATIQ MAISARAH SUHAIMI
15 Mac 2024, 1:50 pm


Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius hampir semua negeri di Semenanjung dan Sabah bermula hari ini.

Menurut MetMalaysia, jangkaan cuaca panas dan kering ini dijangka berlarutan sepanjang tempoh tujuh hari yang melibatkan beberapa tempat di semua negeri Semenanjung.

Dalam pada itu, beberapa daerah di Sabah juga diramal menghadapi cuaca yang sama iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan.

“Sebaliknya, hujan, ribut petir dan angin kencang cuaca lembap berpotensi berlaku di Sarawak yang melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu, Betong, dan Sibu dengan taburan hujan pada sebelah petang yang boleh berlarutan hingga ke awal pagi.

“Amaran cuaca panas dapat diramalkan sekiranya taburan hujan minimum direkodkan,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg panas hangat pun. Rumah dh mcm dlm oven. Tgk cina2 depan rumah buka je pintu tingkap mlm2 kasi angin masuk. Jimat bil.letrik.
Iols pun nk buat mcm ni lh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Org utara mengucapkan, welcome to the club!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2 bulan kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dia mangkuk hayun yang kata ekon ni luxury.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-3-2024 03:21 PM
Mmg panas hangat pun. Rumah dh mcm dlm oven. Tgk cina2 depan rumah buka je pintu tingkap mlm2 kasi a ...

Iols pn buka tingkap mlm2.. 1 tgkap je buka kt bilik time tido pn, kt living hall balik keja buka sliding sket smpai pkul 7 lbih nk gtu tutup lps tu lps isyak buka blk…nk msuk tido bru tutup blk… bkn buka luas2 plus nk bg peredaran udara je.
Aircond dlm bilik ON bila laki iols balik je..i x tahan sejuk, mmg guna kipas je..xda laki, x ON lh suis aircond
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
panas jugak ni bukak kipas je dulu nnt baru bukak ekon

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 10:58 PM | Show all posts
Lagi mencabar puasa dlm suhu panas mcm ni...kalau anak2 yg berpuasa tu kata x tahan, bagi je diorg berbuka..teringat kes sorg budak meninggal sbb parents x bagi minum walau dah merayu kata x tahan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 11:02 PM | Show all posts
Lain macam puasa tahun ni dengan cuaca panas membara. Rasa terbakar otak kalau dok kat luar lama2. Kesian kat orang yang kerja bawah panas terik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujan lebat yakmat tadi area putarjaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita Indon...Indonesia belah selatan hujan lebat dah start La Nina.

Belah Utara Indonesia panas, masih El Nino.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 11:15 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 15-3-2024 03:02 PM
Lain macam puasa tahun ni dengan cuaca panas membara. Rasa terbakar otak kalau dok kat luar lama2. K ...

panas panas ni nak buat apa pun malas. semua jadi delay
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 11:16 AM | Show all posts
krustykrab replied at 15-3-2024 07:21 AM
Mmg panas hangat pun. Rumah dh mcm dlm oven. Tgk cina2 depan rumah buka je pintu tingkap mlm2 kasi a ...

panas panas macam ni penyebab enjin kereta rosak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 16-3-2024 12:31 AM
Hujan lebat yakmat tadi area putarjaya

Kl hujan lebat jgk mlm tadi. Sejuk sikit solat kat surau. Pertama kali sejuk sejak start puasa.

Bygkn surau buka ekon kipas pun still berprluh2 jgk. Rasa nk buka telekung guna kopiah je

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 16-3-2024 11:15 AM
panas panas ni nak buat apa pun malas. semua jadi delay

Kan. Tu pun ada yg kata mengada2 tk tahan panas la.

Ada iols tgk kt fb. Org dok cameron kata tak tahan sejuk alahai suhu min pun takat 15-16 pun sakita sendi la lutut la.
Dia tak tau ka yg dok kat bawah ni suhu panas melampau pun sakit sendi lutut bagai. Manja sgt org cameron ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:25 PM | Show all posts
bukan ke mmg tiap2 tahun pon time bulan puasa mmg panas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:29 PM | Show all posts
Pemanasan global itu benar yach!

Satu duniyya sedang merasakan kepanasan dengan banyak yang kali ini mencipta rekod antara musim sejok kedua terpanas dalam rekod. Cashhhh huntok ummah maknosia durjana puaka perosak muka bumi ciptaan Tuhan! Curse you perosak hutan dan pengeluar karbon terbesar namampos di bumi ini!!!




Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 02:29 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-3-2024 04:07 AM
Kan. Tu pun ada yg kata mengada2 tk tahan panas la.

Ada iols tgk kt fb. Org dok cameron kata tak  ...

rumah i seawal 10 pagi dah panas.masa kat shah alam dulu pukul 2 petang baru panas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 16-3-2024 11:15 AM
panas panas ni nak buat apa pun malas. semua jadi delay

Mandi nak sejukkan badan sekali air punyalah panas menggelegak atas kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-3-2024 12:03 PM
Kl hujan lebat jgk mlm tadi. Sejuk sikit solat kat surau. Pertama kali sejuk sejak start puasa.

  ...

Sanggup jadi transgender hahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.406865 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list