CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5199|Reply: 0

Sepanyol panggil bintang remaja Cubarsi

[Copy link]
Post time 16-3-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Pau Cubarsi dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan antara Barcelona dengan Napoli dalam Liga Juara-Juara. – Foto REUTERS

MADRID: Pemain pertahanan tengah remaja Pau Cubarsi, yang beraksi hanya beberapa perlawanan untuk Barcelona, dipanggil semalam bagi aksi persahabatan antarabangsa Sepanyol menentang Colombia dan Brazil.

Sekiranya jurulatih Luis de la Fuente memberi peluang Cubarsi beraksi beberapa minit di tengah padang, pemain berusia 17 tahun itu akan muncul pemain pertahanan tengah paling muda beraksi untuk Sepanyol, mengatasi Sergio Ramos yang membuat penampilan sulung ketika dia berusia 18 tahun.

Cubarsi diserapkan ke dalam pasukan utama Barca musim ini dan melakukan penampilan sulung Liga Juara-Juara dalam kesebelasan utama ketika kelab itu menang 3-1 ke atas Napoli Selasa lalu, keputusan yang memastikan kelab Catalunya itu tempat ke suku akhir menentang Paris Saint-Germain.

Dia sudah membuat sembilan penampilan bersama Barcelona dalam La Liga dan dua lagi dalam Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol).



Sepanyol akan bertemu Colombia di London pada 22 Mac dan Brazil empat hari kemudian di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. – AFP

SKUAD SEPANYOL

Penjaga gol: Alex Remiro (Real Sociedad), Unai Simon (Athletic Bilbao), David Raya (Arsenal/ENG).

Pertahanan: Dani Carvajal (Real Madrid), Jesus Navas (Sevilla), Pedro Porro (Tottenham/ENG), Aymeric Laporte (Al-Nassr/KSA), Robin Le Normand (Real Sociedad), Daniel Vivian (Athletic Bilbao), Pau Cubarsi (Barcelona), Jose Luis Gaya (Valencia), Alejandro Grimaldo (Bayer Leverkusen/GER).

Tengah: Rodrigo Hernandez (Manchester City/ENG), Martin Zubimendi (Real Sociedad), Mikel Merino (Real Sociedad), Fabian Ruiz (Paris Saint-Germain/FRA), Alex Baena (Villarreal), Oihan Sancet (Athletic Bilbao).

Serangan: Joselu (Real Madrid), Alvaro Morata (Atletico Madrid), Dani Olmo (Leipzig/GER), Nico Williams (Athletic Bilbao), Lamine Yamal (Barcelona), Gerard Moreno (Villarreal), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Pablo Sarabia (Wolverhampton/ENG).
https://www.bharian.com.my/sukan ... tang-remaja-cubarsi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 1.061025 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list