View: 2238|Reply: 0
|
Havertz sepatutnya dibuang padang - KMI
[Copy link]
|
|
Penyerang Arsenal, Kai Havertz melakukan simulasi bagi mendapatkan penalti ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brentford di Emirates, London. - Foto AGENSI
LONDON: Kai Havertz sepatutnya dibuang padang sebelum menjaringkan gol kemenangan Arsenal ke atas Brentford.
The Gunners menewaskan skuad kendalian Thomas Frank 2-1 di Emirates pada 9 Mac, hasil jaringan lewat permainan Havertz.
Gol berkenaan membawa skuad kendalian Mikel Arteta ke puncak Liga Perdana Inggeris, dengan Liverpool dan Manchester City seri pada hari berikutnya dan terlepas peluang memintas naib juara musim lalu itu.
Bagaimanapun kedudukan liga pasti berbeza jika pengadil, Rob Jones dapat mengesan simulasi Havertz dan melayangkan kad kuning kedua kepadanya, kata panel Key Match Incidents (KMI).
Badan itu berkenaan mendedahkan, Havertz, yang sudah dilayangkan kad kuning sebelum insiden itu, sepatutnya dipersalahkan sekali lagi kerana cuba mendapatkan penalti, dan dia tidak akan berada di atas padang untuk menjaringkan gol kemenangan.
"Havertz sudah terjatuh ketika pertahanan melakukan sentuhan, di bahagian pinggul Havertz. Panel bersetuju keputusan di atas padang tidak tepat dan Havertz sepatutnya dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan simulasi," kata panel KMI.
Havertz menerima kad kuning pertama di awal perlawanan selepas menyiku pertahanan Brentford, Kristoffer Ajer.
Pada minit ke-65, dia terjatuh di dalam kotak penalti selepas cuba dihadang Nathan Collins, namun tiada sepakan penalti diberikan. Ulang tayang menunjukkan tiada sentuhan antara dua pemain terbabit.
Panel KMI bermesyuarat setiap minggu untuk membincangkan keputusan-keputusan penting daripada perlawanan hujung minggu sebelumnya.
Ia termasuk penilaian terhadap pegawai perlawanan, menentukan berapa banyak bonus yang bakal mereka terima berdasarkan kedudukan merit.
Panel berkenaan dibarisi lima orang, termasuk tiga bekas pemain atau jurulatih, wakil daripada Liga Perdana Inggeris dan seorang daripada badan pengadil, PGMOL.
Panel itu juga memutuskan yang Michael Oliver melakukan keputusan tepat untuk tidak memberikan penalti kepada Liverpool ketika menentang Manchester City apabila Alexis Mac Allister bertembung dengan Jeremy Doku, tetapi dua daripada tiga ahli panel tidak bersetuju. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -dibuang-padang-kmi |
|
|
|
|
|
|
| |
|