CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9768|Reply: 0

Faiz tekad balas kepercayaan Nafuzi

[Copy link]
Post time 20-3-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode

FAIZ mahu pulih reputasi di KDA FC.

Alor Setar: Pemain serba lincah Faiz Nasir sedia menyahut cabaran dan bertekad membalas kepercayaan ketua jurulatih Nafuzi Zain selepas dipilih menyarung jersi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pemain yang pernah digelar 'Messi Terengganu ' itu berkata sasaran utamanya juga untuk kembali mendaki ke puncak prestasi seperti satu ketika dahulu bersama Sang Kenari.

"Selepas disahkan menjadi antara pemain pinjaman oleh Terengganu FC (TFC), saya tetap bersyukur apabila mendapat berita jurulatih Nafuzi berminat dan mahu saya menyertai KDA FC musim ini.

"Saya pernah berada di bawah kendalian Nafuzi pada 2017 lalu ketika bersama TFC dan selepas dipilih ke Kedah pada musim ini, saya mahu memanfaatkan peluang terbaik ini agar saya dapat mencapai kembali prestasi terbaik pernah saya capai.



"Saya tahu persaingan di Kedah ini juga tinggi dan ramai pemain berbakat dan hebat, namun saya perlu berusaha lebih gigih bagi memastikan saya dapat membalas kepercayaan diberikan Nafuzi," katanya selepas tamat sesi latihan hari kedua di Stadium Mini Jitra semalam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kepercayaan-nafuzi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.082881 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list