CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4954|Reply: 0

Peluang Pan-gon jawab keraguan

[Copy link]
Post time 21-3-2024 09:58 AM | Show all posts |Read mode

PAN-GON menyerahkan tanggungjawab dan kematangan kepada para pemain yang akan jadi penentu pada perlawanan menentang Oman kali ini. - FB FAM

PENGENDALI negara, Kim Pan-gon mahu menjadikan keputusan positif ke atas Oman pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, awal pagi esok sebagai jawapan bagi menjawab segala keraguan yang masih timbul terhadapnya.

Selain untuk mengukuhkan kedudukan Harimau Malaya dalam Kumpulan D, satu mata dilihat sudah cukup untuk membuktikan yang keputusan seri 3-3 dengan Korea Selatan di Piala Asia, Januari lalu bukan hanya kerana nasib.

“Perkara positifnya, kita sudah lakukan tugas dengan baik dan orang mula beri harapan. Ini bagus berbanding jika ada yang mula berputus asa dengan pasukan kebangsaan.

“Dua perlawanan selepas ini kami akan berdepan pasukan pilihan dan cabaran besar (aksi di bulan puasa, jurang masa dan kekurangan kecergasan) juga situasi yang kami hadapi, tetapi barisan kejurulatihan akan buat perancangan terbaik.

“Kami akan sediakan strategi terbaik untuk menghadirkan sesuatu yang positif buat penyokong. Saya juga perlukan sokongan dan saya mahu lihat kita kekal bersatu serta saling sokong antara satu sama lain,” katanya.

Selepas harungi dua pelawanan Kumpulan D, Harimau Malaya kini sedang mendahului carta dengan mata maksimum selepas mengalahkan Kyrgyzstan 4-3 dan menang ke atas Taiwan 1-0.

Para penyokong pastinya menagih magis daripada Pan-gon seperti yang pernah dipamerkan dalam beberapa aksi menentang negara di ranking lebih baik.

“Selepas menang dua perlawanan, kami perlu layak ke Piala Asia. Kami masih boleh pergi lebih tinggi termasuk menewaskan pasukan yang lebih besar.

“Kami di landasan baik kerana kami memiliki skuad dan staf kejurulatihan yang baik di mana kami semuanya ada cita-cita besar,” kata bintang negara, Dion Cools.

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gon-jawab-keraguan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.053220 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list