CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4969|Reply: 0

Ukraine, Poland, Georgia raih tiket Euro 2024

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain Poland meraikan kejayaan layak beraksi di Euro 2024. FOTO REUTERS

Paris: Ukraine bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Iceland dalam aksi play-off sekali gus melayakkan diri ke Euro 2024 manakala Poland mengesahkan tempat ke pusingan akhir dengan kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Wales.

Ukraine melakukannya selepas bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan Iceland 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di bandar Wroclaw, Poland, awal pagi tadi.

Albert Gudmundsson mendiamkan penyokong tuan rumah selepas menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-30.

Iceland dengan populasi penduduk di bawah 400,000 orang, berharap untuk kembali beraksi di pentas Euro di mana mereka mara ke suku akhir pada 2016.

Bagaimanapun, Ukraine yang mara sehingga ke suku akhir Euro 2020, menyamakan kedudukan sembilan minit selepas separuh masa kedua hasil jaringan Viktor Tsygankov yang beraksi bersama kelab Sepanyol, Girona.

Ukraine meraih kemenangan ketika berbaki enam minit selepas pemain Chelsea, Mykhailo Mudryk meledak gol.

"Terima kasih semua! Terima kasih pasukan untuk kemenangan penting dan berjaya mara ke Euro. Untuk membuktikan sekali lagi bahawa setiap kali rakyat Ukraine menghadapi kesukaran tetapi tidak berputus asa dan terus berjuang, Ukraine pasti menang," Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menulis di X.

Pada saingan Euro, Ukraine diletakkan dalam Kumpul E di samping Belgium, Slovakia dan Romania dan pastinya bercita-cita untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

Poland berdepan Kumpulan D yang lebih sukar di Euro bersama Perancis, Belanda dan Austria selepas menyingkirkan Wales pada penentuan penalti mendebarkan di Cardiff.

Perlawanan itu berakhir 0-0 selepas 90 minit dan tiada sebarang gol pada masa tambahan, yang berakhir dengan pemain Wales, Chris Mepham dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Penentuan penalti berkualiti, yang bermula dengan Robert Lewandowski menyempurnakan sepakan pertama Poland, menyaksikan sembilan penalti yang berjaya sebelum sepakan Daniel James diselamatkan dan Wales tumbang 5-4.

Georgia pula melakar sejarah apabila mara ke kejohanan utama buat julung kali sejak negara di Caucasus dengan 3.7 juta penduduk itu mendapat kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991.

Mereka menewaskan Greece 4-2 menerusi penentuan penalti selepas seri 0-0 pada hujung masa tambahan di Tbilisi, mencetus suasana kegembiraan apabila penyokong menceroboh masuk ke padang di Stadium Boris Paichadze.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aih-tiket-euro-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.226649 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list