CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4812|Reply: 14

[Tempatan] 8.4 juta terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Rabu ini, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 1-4-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode
8.4 juta terima STR Fasa 2 Rabu ini - Anwar

https://www.bharian.com.my/berit ... sa-2-rabu-ini-anwar

Oleh Fahmy A Rosli - April 1, 2024 @ 2:31pm
fahmy.azril@bh.com.my


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan April 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menambah peruntukan program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20 peratus kepada RM1.5 bilion, berbanding RM1.26 bilion pada tahun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah menangani peningkatan kos sara hidup.

Katanya, seramai 8.4 juta penerima STR Fasa 2 bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM650 pada Rabu ini.

"Reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama.


"Insya-Allah, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara, termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank.

Bayaran STR itu turut disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Mulai tahun ini, MOF memaklumkan kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

"Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

"Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan," katanya.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Justeru, MOF ingin menasihati penerima STR supaya sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau acik Gomen mmg best
Dapat rm500 DPT lagi str..
Alhamdulillah
Meriah Raya ..jimat2 semoga lepas Raya tak de la kesempitan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 1-4-2024 09:06 PM
Kalau acik Gomen mmg best
Dapat rm500 DPT lagi str..
Alhamdulillah

lagi best jika suami, isteri keje gomen dpt rm5k bonus
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 1-4-2024 10:08 PM
lagi best jika suami, isteri keje gomen dpt rm5k bonus

Yezza bener tu..
Manyak syiok ma..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:19 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 1-4-2024 10:08 PM
lagi best jika suami, isteri keje gomen dpt rm5k bonus

i keja gomen..mostly kalau laki bini keja gomen even gred bawah n19 pun depa pakai honda city/brv...paling lekeh x50..loan byk..so 5k tu hangus camtu je..true story...hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 12:25 PM | Show all posts
MadameOnion replied at 2-4-2024 11:19 AM
i keja gomen..mostly kalau laki bini keja gomen even gred bawah n19 pun depa pakai honda city/brv. ...

u keje gomen mana nie
gred19 laki bini pakai honda
apatah lagi city/brv
jarang2 jumpa kat sini
mmg ada gred bawah dari tu yang pakai
tapi biasanya ngk plak bini dia or background family
lum jumpa lagi yang sama2 gred senang gitu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 03:12 PM | Show all posts
biasa keja gomen baru pakai honda da kerek..kat jalan tu mcm die sorang bayar cukai jalan, jenis taknak mengalah beri laluan kalau jem ke hape..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 2-4-2024 03:12 PM
biasa keja gomen baru pakai honda da kerek..kat jalan tu mcm die sorang bayar cukai jalan, jenis tak ...

Hehe terpaling honda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 03:28 PM | Show all posts
yahuuu   
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 2-4-2024 11:19 AM
i keja gomen..mostly kalau laki bini keja gomen even gred bawah n19 pun depa pakai honda city/brv. ...


dahsyatnyaaa uols area mana ni??
abg iols dok ipoh lakibini gomen. abg gred 52, sil gred 48 pun pakai alza dgn myvi je anak 3org.

ke abg iols lakibini kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 03:36 PM | Show all posts
MadameOnion replied at 2-4-2024 11:19 AM
i keja gomen..mostly kalau laki bini keja gomen even gred bawah n19 pun depa pakai honda city/brv. ...

dah isytihar harta ke belum tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 2-4-2024 03:33 PM
dahsyatnyaaa uols area mana ni??
abg iols dok ipoh lakibini gomen. abg gred 52, sil gred 48 pun pa ...

Ala kadar sangat bagi iols. Boleh pakai kereta lagi mahal at least sebijik. Tapi diorang dah selesa macam tu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 2-4-2024 07:55 PM
vespa_oren replied at 1-4-2024 10:08 PM
lagi best jika suami, isteri keje gomen dpt rm5k bonus


My bro n sil (dua²). Rezeki diorang lebih sikit this year. Alhamdulillah, I tumpang happy untuk anak² buah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 2-4-2024 07:50 PM
Ala kadar sangat bagi iols. Boleh pakai kereta lagi mahal at least sebijik. Tapi diorang dah seles ...

maybe derang lebihkan rumah kot...rumah mmg meletop laa.
abg iols selalu ckp.."ko igt keje gomen gaji byk??? kuasa je gah"
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 2-4-2024 11:19 AM
i keja gomen..mostly kalau laki bini keja gomen even gred bawah n19 pun depa pakai honda city/brv. ...

iols laki, bini pakai bezza jer
tpi rm5k tu memang habis
x sempat beli brg raya pun
beli bju sekolah guna e-madani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.140662 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list