CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5296|Reply: 0

Hamidin jawab dakwaan gaji 90,000 sebulan

[Copy link]
Post time 2-4-2024 02:39 PM | Show all posts |Read mode

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media selepas Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-60 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Adakah benar dakwaan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima gaji mencecah sehingga RM90,000 sebulan dan itu tidak termasuk elaun daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan juga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)?

Amaun itu menjadi antara topik yang menarik minat pengamal media pada sidang media selepas Kongres FAM ke-60 di Subang Jaya, semalam dan ketika ditanya mengenai dakwaan 'surat layang' itu, Hamidin menegaskan perkara membabitkan gaji adalah satu isu peribadi.

Malah, Hamidin menegaskan statusnya sebagai presiden sepenuh masa dan menerima beberapa faedah sudah ditetapkan ketika beliau dipilih sebagai Presiden FAM pada 2018 bagi menggantikan penyandang, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor (TMJ).

"Itu pun (media) nak tahu. Tak boleh (dedahkan amaun). Itu punya 'personal' dengan FAM.


"(Adakah jumlah ditetapkan dipersetujui EXCO?) Tiada, memang kita dah ikut daripada yang lepas 2018," kata Hamidin pada sidang media selepas Kongres FAM ke-60.

Dalam perkembangan sama, Hamidin berkongsi situasi di balik tabir sebelum dia dilantik sebagai presiden sepenuh masa buat FAM pada 2018 seperti yang dimahukan Tunku Ismail ketika itu.

"Saya nak maklumkan semasa Tunku Ismail menjadi Presiden FAM dan beliau mahu serahkan jawatannnya ketika itu, ada pendapat bahawa tidak perlu lagi kerabat diraja masuk dalam (jadi Presiden FAM).

"Jadi Tunku Ismail mahukan individu yang boleh menjadi presiden sepenuh masa seperti yang dilakukan beberapa negara macam Korea Selatan, Thailand, Mongolia, Guam, Jepun dan Vietnam.

"Malah Presiden AFC, Sheikh Salman Ibrahim Al Khalifa dan Presiden FIFA, Gianni Infantino juga presiden sepenuh masa dengan menerima beberapa faedah.

"Tunku Ismail cadangkan saya sebagai presiden dengan beberapa faedah dan selepas berbincang, saya setuju sebelum diumumkan sebagai Presiden Eksekutif sepenuh masa.

"Saya juga membawa perkara ini pada kongres dan mereka setuju untuk memberi sokongan kepada saya," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -gaji-90000-sebulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.180730 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list