View: 3521|Reply: 0
|
EPL: Pemain desak Pochettino dipecat
[Copy link]
|
|
POCHETTINO berdepan tekanan memuncak menjelang hujung musim ekoran prestasi Chelsea yang masih belum pulih. - AFP
LONDON – Kem Chelsea bergolak lagi apabila dilaporkan beberapa pemain mendesak pengurus, Mauricio Pochettino dipecat ekoran keputusan seri 2-2 menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge Sabtu lalu.
The Blues dianggap mencatat keputusan yang cukup memalukan apabila gagal memastikan tiga mata menjadi milik mereka meskipun berdepan Burnley yang beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh lebih 50 minit.
Kegagalan mencatat kemenangan menyaksikan juara Eropah dua kali itu terus gagal untuk melonjakkan kedudukan mereka ke dalam kelompok 10 teratas apabila menghuni tangga ke-11 liga dengan 40 mata.
Dalam pada itu, kritikan yang disuarakan pemain tengah, Cole Palmer terhadap aksi hambar The Blues turut menggambarkan bahawa Chelsea berada dalam situasi cukup sukar ketika ini meskipun sudah berbelanja lebih £1 bilion (RM5.92 bilion).
“Keputusan ini cukup buruk, ia tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi apabila mereka (Burnley) beraksi dengan 10 pemain. Kami terlalu selesa dan ia seolah-olah ‘membunuh’ diri sendiri setiap minggu,” katanya.
Bagaimanapun, difahamkan Pochettino masih memiliki peluang sehingga penghujung musim ini kerana sebahagian besar pemain dilaporkan mahu pemilik pasukan memecat pengendali dari Argentina itu sebaik kempen 2023/24 berakhir.
Walaupun Pochettino beberapa kali menjelaskan sebelum ini bahawa beliau masih menerima sokongan daripada pihak pengurusan, namun Chelsea dikatakan sudah mula mengorak langkah bagi mendapatkan khidmat pengurus baharu.
Antara nama disenarai pendek oleh The Blues adalah jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi, Ruben Amorim (Sporting Lisbon) serta Antonio Conte yang mungkin kembali ke pangkuan Chelsea. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... pochettino-dipecat/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|