View: 5028|Reply: 0
|
Jangan gentar reputasi lawan di Piala Asia B-23
[Copy link]
|
|
SKUAD negara giat menjalani latihan di Al Ersal, Doha. FOTO IHSAN FAM
Kuala Lumpur: Skuad bawah 23 tahun (B-23) tidak mahu terlalu memikirkan keupayaan lawan hingga menyebabkan mereka tertekan atau rasa rendah diri pada saingan Piala Asia B-23 di Qatar yang mula membuka tirainya hari ini.
Walaupun pencabar skuad negara di Qatar mempunyai reputasi besar namun bagi pengurus pasukan, Datuk Seri Shahril Mokhtar, barisan pemain perlu fokus untuk mengharungi satu persatu perlawanan dalam usaha meraih keputusan positif kelak.
Bagi edisi kali ini, skuad bimbingan Juan Torres Garrido bakal berdepan juara 2018, Uzbekistan Rabu ini disusuli naib juara 2018, Vietnam pada 20 April dan menutup aksi peringkat kumpulan menentang Kuwait, tiga hari kemudian.
"Sejak bermulanya kem latihan pusat, saya selalu katakan kepada pemain supaya jangan tertekan kerana kita sentiasa akan menjadi pasukan bukan pilihan. Jadi dengan status seperti ini, kita tidak berdepan banyak tekanan.
"Kita tahu Uzbekistan memiliki kelebihan tetapi kita akan cuba memberi tentangan. Aksi pertama sememangnya penting kerana ia boleh dianggap sebagai motivasi terbaik. Kalau dapat menang ataupun seri, itu sudah cukup baik.
"Dengan perkembangan ditunjukkan sepanjang tiga minggu menjalani latihan, saya optimis kita mampu memberikan cabaran yang terbaik kepada Uzbekistan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahril juga melihat anak buahnya sudah mula menyesuaikan diri dengan cuaca di Qatar selepas sebelum ini hanya menjalani sesi latihan pada sebelah malam susulan bulan Ramadan.
"Pemain perlu sesuaikan diri dengan cuaca pada sebelah petang kerana kita ada dua perlawanan pada sebelah petang. Ada lagi beberapa hari sebelum aksi pertama (lawan Uzbekistan) jadi kita melihat ada perkembangan positif dari pemain.
"Saya fikir cuaca di Malaysia lebih panas lagi berbanding di Qatar, cuma di sini cuacanya panas dan kering jadi pemain perlu pandai-pandai untuk 'ambil angin' ketika bermain nanti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -di-piala-asia-b-23 |
|
|
|
|
|
|
| |
|