CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8579|Reply: 26

[Tempatan] Kami dah tak sanggup lagi jaga biawak hidup, mak!

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita tidak dapat menerima sikap sang ibu yang terlalu memanjakan anak lelaki sehingga mereka telah terbiasa hidup di dalam kesenangan.

Lebih memburukkan keadaan, sang ibu juga berniat mewariskan ‘tugas’ memanjakan mereka kepada anak perempuan pula berikutan memiliki pendapatan yang tinggi.

Hairan dengan tindakan ibunya, berikut perkongsian wanita yang nekad tidak mahu melayan segala kemahuan dan permintaan tidak masuk akal dari adik-beradik lelakinya.

“Salah sejahtera, saya ada empat orang adik-beradik. Anak yang sulung dan bongsu lelaki. Saya dan kakak perempuan. Sejak kecil kami berdua hidup berdikari, duduk di asrama. Abang pula dari kanak-kanak, sampailah umur dekat 40 tahun masih harap dan bergantung kepada Mak dan Ayah.

“Masa belajar, Abang beberapa kali tukar kursus. Sekarang pula berapa kali bertukar tempat kerja. Apabila kami beri nasihat, Abang kata nak buat Grab pula. Kereta pun Mak dan Ayah yang belikan. Tetapi tak menjadi sebab Zohor baru bangun tidur. Buat masa sekarang Abang meniaga kongsi dengan kawan, ada naik turun.

“Mak dan ayah benarkan Abang kahwin kononnya akan berubah selepas jadi suami orang. Dijodohkan pula dengan anak orang kaya. Kakak ipar bekerja tetap di Bank Rakyat. Jadinya Abang dekat rumah selalu. Buat kerja rumah sahaja. Setiap kali ada perniagaan baharu, dia nak sertai. Tetapi salahkan adik perempuan tak bantu dia.

“Katanya, dia jadi macam itu sebab adik perempuan semua tak tolong. Salahkan ibu, arwah ayah dan adik-beradik yang lain. Tak pernahlah salah dia. Padahal masa dia muda dahulu tak nak cari kerja, tidur sahaja dekat rumah. Adik lelaki bongsu lagilah dimanjakan. Belajar di universiti swasta.

“Masa belajar, beberapa kali adik bongsu tertangkap tidur dalam satu rumah dengan perempuan. Perempuan itu pula kerjanya menipu. Ketika arwah ayah masih ada, adik bongsu ini juga menipu kata rakan serumah dia anak orang susah. Sampai lambatlah mereka boleh bayar sewa rumah. Jadi, arwah ayah bayarkan.

“Apabila kami serbu rumah sewa, kantoi perempuan itu ‘rakan serumah’ adik. Belum habis belajar, minta nak kahwin pula. Ibu benarkan dan bantu menanggung di awal pernikahan. Dengan harapan, adik akan berubah. Tetapi perangai masih lagi sama. Sekarang sudah bertukar kerja dua ke tiga kali.

“Mula kerja sahaja sudah mengadu tertekan, nak bercuti. Ibu bayarkan duit percutian semua. Sekarang nak tukar kerja lain. Sudah memiliki anak, tetapi Ibu bayarkan sewa rumah, wang bulanan, lampin dan susu anak. Tetapi boleh pula makan bufet di hotel bertaraf lima bintang di ibu kota waktu bulan puasa dan ulang tahun perkahwinan.

“Ibu asyik sebut yang adik bongsu susah, jadi kakak-kanak kene bantu. Sebenarnya, adik tak susah. Tetapi dia mahu hidup mewah. Beli ‘headphones’ harga RM300 minta duit Ibu. Tidak cukup dengan itu, dia minta juga duit Ibu untuk hantar anak ke tadika elit. Dia tak mahu tinggal dengan Ibu, rela menyewa di Cyberjaya.

“Tetapi sewa bulanan RM1500, Ibu juga yang bayar. Sekarang Ibu mengatakan anak perempuan patut tanggung adik. Padahal adik dengan isteri, kedua-duanya bekerja.Adik hanya bekerja satu ke tiga bulan. Selepas itu nak berhenti sebab alasannya gaji tak setimpal kerja. Nak gaji tinggi. Tak logik baru habis belajar tetapi nak gaji tinggi.

“Saya dan kakak memang bergaji atas RM10,000 sebab belajar sampai ke peringkat Master. Tetapi tak boleh bantu (manjakan) adik sebab kami juga ada tanggungjawab sendiri. Anak, rumah dan kereta. Kami berdua selalu dipersalahkan mak dan Abang sejak arwah Ayah meninggal. Kami memang rapat dengan arwah Ayah.

“Jadinya kami agak kekok dengan ibu. Saya dahulu dibesarkan oleh orang gaji. Ibu balik kerja tak pernah main dengan kami. Selalu sibuk. Solat dan mengaji semuanya saya belajar sendiri. Terkilan juga dengan ibu saya. Sejak kecil dia memang asyik nak menangkan anak lelaki. Tetapi satu anak lelaki pun tak boleh harap.

“Anak perempuan juga yang datang setiap hujung minggu untuk bersihkan kediaman Ibu, belikan barang dapur, bawa pergi bank, atau kemana-mana sahajalah Ibu mahu pergi. Anak lelaki pula tak habis-habis minta duit Ibu. Saya cukup terkilan dengan Ibu sendiri. Tetapi sudah berjanji dengan Kakak untuk jaga ibu sahaja.

“Kami tak sangguplah melayan abang dan adik yang manja serta dianggap ‘berhak’ untuk dapat semua benda. Adakah tanggungjawab saya untuk jaga abang dan adik yang hidup dalam kemewahan? Tanggungjawab saya ke benarkan sahaja mereka hidup dengan kemewahan dan kemalasan?

“Kenapa Ibu tetap berpihak kepada mereka? Tetapi saya dan Kakak tetap berkeras. Tegas cakap Ibu sahaja di bawah tanggungjawab kami. Bukanlah adik-beradik yang pemalas dan boros itu. Dari si adik yang terseksa,” kongsi wanita itu menerusi satu hantaran di sebuah forum atas talian.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh maiii
Nanti harta ibu tu confirm hat lelaki bolot habis habisan haha
For me asalkan i tak tanggung lifestyle org yg mcmtu
Mmg takdela nak tolong hulur duit ke bagi pinjaman ke
Pastikan mak tu ada brg yg cukup utk hidup saja takde bagi cash
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga mak je lah.beli kan brg dapur jgn bg cash.mak tu mesti byk duit simpanan dia.esok2 mak mati korg cut contact dgn abg & adik lelaki.dah kahwin ada anak masih mntak duit akak2.memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
arwah ayah aku manjakan ank pompuan, jdi hmpir semua ank pompuan bwa laki masing2 duduk dgn emak kecuali kakak aku sulung memg bwa diri
anak lelaki pun semua merantau bgi bulan2 kt kampung, tpi tetap juga diaorg ckp jga emak tugas anak lelaki, suro aku balik kampung jga mak
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk je pompuan jaga biawak hidup. Dok umah laki main mobile legend je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Awl2ak bg tau ank2 ak.. Korang esk da besar2 pandai2 la hidup jgn ssh kn adik beradik.. Tp mn2 yg senang tgk yg lain ssh tlg mn yg blh.. Tp yg ssh jgn amik kesempatan.. Sbb adik beradik ak sendiri x pernah nk sshkan yg lain.. Tp sedara mara ak yg lain.. Ya rabbi... Laki biawak hidup.. Ank sampai 8..pmpers Susu mintak ehsan arwah mk n adk beradik yg senang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur siblings aku takde yg mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Slmt mak aku xmcm tu. Tp klu ada yg sesak bg je pinjam. Tp lpas tu byr balik la. Igt cop duit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 07:54 PM | Show all posts
sajat yang pondan tu pon gigih kerja promoter watsons noks
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasa ke ni hanat? Anjir btl wartawan cari ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 16-4-2024 07:54 PM
sajat yang pondan tu pon gigih kerja promoter watsons noks

Jaga kaunter estee lauder lah.


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 16-4-2024 05:47 PM
Jaga mak je lah.beli kan brg dapur jgn bg cash.mak tu mesti byk duit simpanan dia.esok2 mak mati kor ...

Iols pulak rasa, biarlah duit ibu tu dihabiskan oleh 2 ekor biawak tu masa hidup ni. Meninggal esok lusa org tua tu duit pun dh abis tarah, takde tinggal apa2 utk diwarisi oleh biawak tu. Kakak n adik kene hati keringlh, lgpun si abg tu bini keje bank rakyat, yg bongsu tu dedua laki bini keje
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang Ada je yang muka tak Malu sebegini...
Yang trrkena mesti hati Kering lah selepas.tu..sebab cite sedih Akan berlegar2 di sekelilingmu...

Yang betul2 Susah dan dah berusaha iols okay lagi...
Kalau bawak hidup Gini..elok campak longkang je
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
I kenal sorg ni. Dia 2 beradik. Mak pak pencen gomen, waktu c adik (lelaki) nk keje, maknye tak kasi. Risau duduk sorg2, nk anak senang hanto dia g spital. C sulung (kakak) keje elok.

Mak ninggal je, terumbang ambing c adik. Yelah da umo 30 lebih, pengalaman keje takde, kalau keje beshe2 rasa tak baloi (yela arwah maknye kasi kereta, rumah lengkap semua duit poket pun sampai 1k+). Last2 jadi bewok. Kakak kena tanggung c adik. Nasib la rumah ade. So sape yg salah? Parents jgn jadi selfish, jgn manjakan anak tak bertempat. Biar la anak rasa susah supaya jadi org.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-4-2024 06:37 PM
Byk je pompuan jaga biawak hidup. Dok umah laki main mobile legend je.

Pastu ngaku bujang

Wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pergi melayan demand mak apa pasal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 16-4-2024 01:07 AM
Isu semasa ke ni hanat? Anjir btl wartawan cari ni

Cari Porom ko punye ke?

Kahkakah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:42 AM | Show all posts
Kata belajar smpai peringkat Master, gaji rm10k, tapi masalah cmni jadi bodoh plak

ape ke bangang punya pencerita..

duit byk tu ko pi la hantar mak ko kaunseling bagai..tu pun tak tau ka?, ko nasihat mmg tk jalan, ko perlukn manusia yang pandai bercakapla, jgn anta pi bomoh sudah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada parents yg pilih kasih. lebihkn anak lelaki. mak aku pun sama.. selalu sgt ckp.. ko ada duit byk² nk buat apa. adik ko tu bini tk kerja.. tp pedih bila tgk kita bg mak duir byk².. mak pi bg cucu² pulak. bkn ler dengki.. sbb aku tkde anak ke..
tp ndak jugek tinggal dgn aku.. sbb aku dok sorang, mak buat ikut kehedak hati dia la..
tkpe la. aku mati nanti, mak kena lah tinggal dgn anak kesayangan nya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:52 AM | Show all posts
drama dah start...aku tgh menghitung hari bila nak meletup jaa...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.336553 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list