CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4623|Reply: 13

DAP hormat keputusan mahkamah isu tahanan rumah Najib

[Copy link]
Post time 22-4-2024 08:41 AM | Show all posts |Read mode






ISKANDAR PUTERI – DAP akan menghormati keputusan dibuat mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.


Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching bagaimanapun berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut kerana perkara tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa institusi kehakiman negara ini.


“Saya tidak mahu komen banyak sebab dalam kes Datuk Seri Najib, pendirian DAP adalah jelas bahawa beliau bersalah. Kita telah berkempen tentang perkara itu selama beberapa tahun dan beliau juga telah dijatuhkan hukuman.


“Jadi berhubung isu ini (tahanan di rumah), kita akan menghormati, kita tidak boleh kata tidak terima kerana semasa beliau dijatuhkan hukuman bersalah, itu juga merupakan keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung permohonan bekas Perdana Menteri itu bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 1 April lalu.


Dalam notis permohonan itu, beliau memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta-merta memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya.


Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat berhubung isu berkenaan dan memaklumkan ia dibawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 11:11 AM | Show all posts
agaknya kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macam mana reaksi dap agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 12:44 PM | Show all posts
dio5774 replied at 22-4-2024 11:11 AM
agaknya kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macam mana reaksi dap agaknya

diorg ble terima wak, apa sangat la najib....
bangsa ni apa pun sanggup buat demi kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 01:44 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 22-4-2024 01:53 PM
dio5774 replied at 22-4-2024 11:11 AM
agaknya kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macam mana reaksi dap agaknya


“kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macammana reaksi dap agaknya”

Sebelum PRU tahun 2018, banyak DAP cakap pasal Najib dan 1MDB. Kita semua tahu apa yang DAP cakap tentang Najib dan 1MDB pada waktu itu.

Pada awal tahun 2024, ketika Sultan Pahang kurangkan hukuman Najib, Anwar dan DAP kata, itu adalah keputusan Agung.

Sekarang, kita recall semula statement yang DAP buat sebelum PRU tahun 2018. Pada waktu itu, ada tak DAP sebut tentang Agung? Ada tak DAP sebut tentang pengampunan?

Jawapannya: Tak de. What does that mean? Jawapan DAP sekarang adalah sesuatu yang kita tak terfikir dulu – ketika DAP banyak cakap pasal Najib dan 1MDB.

The key point is: “Sesuatu yang kita tak terfikir”. Tetapi, bila kita review semula perubahan political landscape in Malaysia, sesuatu yang kita tak terfikir bukanlah sesuatu yang impossible.

Bila kita analyze past pattern, sekarang kita dah boleh predict jawapan DAP seandainya Najib sokong Unity Government pada suatu hari nanti. This is the nature of the answer: Ia adalah sesuatu yang kita tak terfikir pada hari ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang impossible untuk berlaku.

Jadi, kita tengok pada hari ini. Apa yang kita tak fikir atau kita terlepas pandang? Bila kita tak fikir tentang sesuatu atau kita terlepas pandang tentang sesuatu, ia bukan bermaksud perkara itu tidak wujud. Perkara itu mungkin sudah ada tetapi ia belum jadi obvious.

Ini contoh kedua. Who would have thought DAP boleh bekerjasama dengan Mahathir?

Ini contoh ketiga. Who would have thought DAP boleh bekerjasama dengan PAS?

Dengan mengambil kira past pattern seperti ini, kerjasama DAP dengan Najib pada suatu hari nanti bukanlah sesuatu yang pelik.

Ini dilemma DAP pada hari ini: 1) Najib – implicated dengan 1MDB, 2) Isu 2R –race and religion.

Tapi 1MDB adalah past propaganda – strategi untuk PRU tahun 2018. Untuk PRU akan datang, tak kan DAP nak recycle propaganda yang sama?

In fact, ketika PRU 2022, DAP tak recycle pun propaganda 1MDB. Waktu tu, DAP bina propaganda baru. What was it? Hoi hoi ya hoi. Sekarang, “Hoi hoi ya hoi” dah selamat comolot dengan DAP.

Jadi, untuk PRU akan datang, DAP akan bina propaganda baru – propaganda yang lebih relevan dalam keadaan semasa. In that sense, logic tak Najib pun selamat comolot dengan DAP?

Isham Jalil kata, it is impossible untuk Anwar dan Zahid mahu lepaskan Najib dari penjara. Tapi kita sendiri dah tengok. In politics, nothing is impossible.

Di pihak Najib pula, dia ada dua option kalau dia mahu terus relevan dalam politik.

Pilihan pertama, bekerjasama dengan Zahid + UMNO + Anwar + DAP.

Pilihan kedua, bekerjasama dengan PAS + Muhyiddin. Muhyiddin adalah orang yang Najib tendang pada suatu ketika. Selepas itu, Muhyiddin tubuhkan BERSATU untuk bunuh UMNO.

Rasa-rasanya, Najib mahu comolot dengan siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 01:58 PM | Show all posts
s@s@ replied at 22-4-2024 12:44 PM
diorg ble terima wak, apa sangat la najib....
bangsa ni apa pun sanggup buat demi kuasa

Semua orang sanggup buat apa saja demi kuasa.

Mahathir, Muhyiddin + Bersatu, PAS. Semua ini sudah ada sejarah bekerjasama dengan DAP.

Jadi, ini bukan isu DAP semata-mata. Ini adalah realiti politik di Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ooohhh... patut la ada yg kata isu tahanan rumah najib ni hanya drama.. ada dakwaan yg mengatakan titah adendum tu sampai di luar tempoh perbincangan mesyuarat lembaga pengampunan... so besar kemungkinan mahkamah akan putuskan yg titah adendum ni tidak terpakai utk keputusan mesyuarat yg lalu dan najib perlu teruskan hukuman di penjara.. so mungkin sbb ni la pm anwar, dap, dll rilek2 je pasal titah adendum ni

hmmm... menarik juga drama politik ni kalau la betul ini yg berlaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 22-4-2024 06:14 PM
ooohhh... patut la ada yg kata isu tahanan rumah najib ni hanya drama.. ada dakwaan yg mengatakan ti ...

pelik kenapa ada adendum plak . agung buat penambahan pada tarikh lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 22-4-2024 01:58 PM
Semua orang sanggup buat apa saja demi kuasa.

Mahathir, Muhyiddin + Bersatu, PAS. Semua ini sudah ...

cuma..bila kiram & the gang mai dulu..TAKDENYE DEPA BEREBUT mempertahankan negara..WALHAL DEPA TU PEMIMPIN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 22-4-2024 06:33 PM
pelik kenapa ada adendum plak . agung buat penambahan pada tarikh lain ke

saya pun pelik macam mana titah agong pun boleh ada adendum acik radzor.. dan saya pun tak tau samada titah adendum tu titah tambahan hari lain ka, titah yg tertulis pada lampiran tambahan ka, titah yg tertulis pada lampiran susulan ka, atau apa2 yg lain

apa yg sebenarnya berlaku di belakang tabir mmg kita rakyat marhaen takkan dpt tau.. sekurang2nya buat masa sekarang ni

apa yg kita sbg rakyat marhaen boleh buat sekarang ni adalah cuma ikuti je perkembangan isu ni dari semasa ke semasa... tunggu je sampai keputusan mahkamah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:14 PM | Show all posts
dap ni politician sama jer dengn politician lain.

mereka akan play the game seselamat mungkin untuk
1. dpt kuasa
2. tekan lawan politik
3. capai agenda

dalam hal tahanan rumah untuk najib, nampak dap main selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 10:37 AM | Show all posts
bosskur mendoniaaa...ehhh tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
DAP ni lebih matang berbanding PAS. Paling banyak kerusi tapi wat lek jer. Menteri pun title encik je. UMNO tu pula bersepah2 datuk seri apa sumbangan pun tak tau

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 03:05 PM | Show all posts
Bebaskan terus lah boskur tu.. kot2 boleh tolong pmx naikkan balik ekonomi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 03:23 PM | Show all posts
Nfir replied at 22-4-2024 01:44 PM
“kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macammana reaksi dap agaknya”

Sebelum PRU tahun ...

entah2 dia duduk rumah je diam2.. penat dah berpolitik ni... mana lah tau kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.109777 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list