CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5993|Reply: 0

[Kelantan] Pelajar meninggal dunia rentas desa : Tiada tindakan dikenakan kepada pentadbir sekolah

[Copy link]
Post time 22-4-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Azman (berdiri, kiri) menyantuni ibu bapa Orang Asli suku kaum Batek yang belajar di Projek Kelas Khas di penempatan Orang Asli, Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah susulan kejadian seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan meninggal dunia semasa menyertai acara merentas desa pada Jumaat lalu.

Ketua Pengarahnya, Azman Adnan berkata, siasatan mendapati, acara itu dilaksanakan mengikut garis panduan sedia ada.

“Acara larian merentas desa ada garis panduan dan tidak timbul soal tindakan perlu diambil terhadap pentadbir sekolah.

“Program merentas desa yang dilaksanakan itu merupakan anjuran pihak sekolah dan pelajar berkenaan rebah kemudian meninggal dunia ketika menyertai acara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Pendidikan Madani Sekolah Murid Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Nuqman Naufal dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Difahamkan, pelajar itu menghidap penyakit jantung sejak 2016. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -pentadbir-sekolah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055008 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list