View: 10497|Reply: 0
|
Akhyar dijangka berlatih awal minggu depan
[Copy link]
|
|
AKHYAR (kiri) semakin pulih daripada kecederaan yang dialami - FOTO NSTP
Kuala Terengganu: Berita gembira buat kem Terengganu FC (TFC) apabila pemain sayapnya, Akhyar Rashid bakal kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya bermula awal minggu depan.
Perkembangan itu dikongsi Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Syahrizan Mohd Zain yang memaklumkan tahap kecederaan yang semakin baik membolehkan pemain kebangsaan itu kembali ke padang.
Bagaimanapun katanya, ia juga bergantung kepada keadaan semasa tahap kesihatan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu termasuk trauma yang dialaminya selepas insiden berkenaan.
"Insya-Allah jika tiada masalah kesihatan, pemain itu (Akhyar) bakal menyertai kem latihan pasukan pada 12 Mei selepas hampir dua minggu berehat akibat kecederaan.
"Kehadiran pemain itu sudah pasti dinanti-nantikan barisan kejurulatihan, rakan sepasukannya serta peminat untuk melihat penampilan pertamanya bersama TFC pada musim ini selepas terlepas aksi pertama berdepan Perak FC.
"Pada masa sama kita mengingatkan semua pemain agar lebih berhati-hati dan berwaspada bagi memastikan kejadian buruk yang dialami Akhyar tidak berulang," katanya ketika dihubungi.
Perkembangan positif pemain berusia 25 tahun itu yang sebelum ini dijangka berehat selama sebulan pastinya melegakan kem TFC yang bakal berdepan Penang FC pada 19 Mei ini dalam aksi kedua di tempat lawan.
Terdahulu pemain sayap lincah itu disamun dan dipukul oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada malam Khamis lalu berdekatan kondominium kediamannya dekat bandar Kuala Terengganu sehingga menyebabkan dia menerima empat jahitan di kepala dan dua di kaki serta kerugian hampir RM5,000.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-awal-minggu-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|