View: 7368|Reply: 0
|
Liga Super: KL City idam tiga mata malam ini
[Copy link]
|
|
KL CITY berada pada prestasi terbaik tanpa sebarang kecederaan ketika bakal turun menentang Kuching City malam ini. - FB KUALA LUMPUR CITY
PENGENDALI Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac berharap semua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan bagi melayan kunjungan Kuching City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.
Jurulatih dari Croatia itu merasakan kejohanan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 sebelum ini sudah beri gambaran jelas buatnya untuk merangka strategi terbaik bagi memastikan kemenangan pada perlawanan pertama.
“Saya rasa (persiapan) cukup dan sekarang saya harap tiada pemain yang cedera. Sekarang juga kami kena beri tumpuan kepada persiapan untuk hadapi perlawanan sebenar.
“Selepas saya buat analisa, kita akan lihat bagaimana. Apa pun saya sudah boleh melihat perkara yang bagus daripada skuad kali ini, pemain beraksi baik malah secara taktikal juga agak bagus.
“Saya masih siapa yang akan berada dalam kesebelasan utama. Saya ada gambaran taktikal yang akan digunakan, tetapi saya tidak boleh beritahu,” katanya.
Perhatian utama pada perlawanan musim ini pastinya menjurus kepada komitmen dan motivasi KL City yang sebelum ini dipalit kontroversi isu gaji.
Bagaimanapun, kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai penaung pasukan menyaksikan isu berbangkit dapat diselesaikan sekaligus melapangkan minda pemain untuk memulakan musim baharu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... iga-mata-malam-ini/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|