View: 8637|Reply: 0
|
[Johor]
Warga emas rugi RM130,000 kena 'scam' konon curi elektrik
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Batu Pahat: Peniaga warga emas berputih mata apabila kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa 'phone scam' oleh lelaki menyamar kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pegawai polis kononnya terbabit mencuri elektrik.
Lelaki 61 tahun itu menerima panggilan daripada suspek mendakwa kakitangan TNB Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa menafikan perkara itu kerana dia tidak mempunyai rumah di sana.
Beliau berkata, bagaimanapun panggilan itu disambung kepada individu yang menyamar pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
"Pegawai itu memberitahu mangsa turut terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram berdasarkan maklumat yang ada.
"Selepas itu, suspek meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan," katanya menerusi kenyataan.
Shahrulanuar berkata, pada 26 Mei lalu, mangsa membuat semakan dengan bank dan mendapati berlaku pemindahan wang berjumlah RM130,000 secara berperingkat ke dalam tiga akaun berbeza.
Justeru, katanya mangsa membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta berhati-hati jika menerima panggilan daripada individu tidak dikenali kerana kemungkinan akan menjadi mangsa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... konon-curi-elektrik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|