CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8482|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tanam padi dalam pasu di halaman rumah

[Copy link]
Post time 1-6-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode

Suri rumah, Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, menunjukkan hasil padi yang telah dituai di halaman rumahnya di Taman Lavender Heights. Padi sawah yang ditanam pada Februari kini sudah mula boleh dituai dan dalam proses untuk dijadikan beras. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Seorang suri rumah tidak perlu lagi pening memikirkan untuk membeli beras apabila padi yang ditanam di dalam pasu di halaman rumahnya di Taman Lavender Heights di sini, membuahkan hasil.

Meskipun ini percubaan pertama Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, padi sawah yang ditanam pada Februari kini sudah mula boleh dituai dan dalam proses untuk dijadikan beras.

Bekas usahawan itu berkata, apa membuatkannya gembira apabila pengikutnya di media sosial semakin bertambah selepas dia menanam tanaman lain daripada yang lain.

"Saya bermula pada 2020, ketika itu PKP (perintah kawalan pergerakan) dengan menanam strawberi di hadapan dan berkongsi di media sosial. Ia mendapat maklum balas yang baik.


"Saya turut menanam pelbagai pokok dan sayur-sayuran lain. Namun cuba mencari kelainan sebelum lahir idea untuk menanam padi," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, hasil perkongsiannya di media sosial mengenai penanaman padi di rumah menunjukkan tontonan yang tinggi malah semakin ramai pengikut.

"Sebelum ini saya tidak tahu bahawa video yang dikongsi ini boleh menjana pendapatan. Jadi dengan perkongsian penanaman padi di rumah yang praktikkan ini dianggap unik dan mendapat banyak tontonan.

"Pengikut pula tidak sabar menunggu setiap video perkembangan padi yang ditanam, malah ada yang sanggup datang ke rumah untuk melihat sendiri.

"Ada yang datang dari Selangor, Melaka dan daerah sekitar. Paling tidak disangka ia turut mendapat perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah," katanya yang sebelum ini sudah mencuba pelbagai perniagaan.

Menurutnya, dia membuat carian penanaman padi di rumah atau dalam pasu dan ia banyak dilakukukan di Indonesi sebelum membeli benih padi dibeli di platform beli-belah atas talian.

"Memang ini adalah percubaan pertama dan ia membuahkan hasil. Buat masa ini saya tiada lagi perkiraan pokok yang ditanam ini bakal menghasilkan berapa kilogram (kg) beras.

"Padi sudah boleh dituai, namun belum selesai semuanya. Saya juga kini sedang menunggu satu mesin mini yang digunakan untuk menukar padi kepada beras.

"Dalam masa sama, saya sudah melakukan percubaan pertama menanam padi huma dan berharap ia akan berhasil. Harapnya selepas ini saya tidak perlu lagi beli beras di pasaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... su-di-halaman-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.101504 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list