CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3266|Reply: 0

Djokovic mara dalam kesakitan, Medvedev tersungkur

[Copy link]
Post time 4-6-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Serbia, Novak Djokovic meraikan kemenangan 6-1, 5-7, 3-6, 7-5, 6-3 dalam masa empat jam 39 minit ke atas pemain Argentina, Francisco Cerundolo pada pusingan 16 terakhir perseorangan lelaki Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

PARIS: Novak Djokovic yang mengalami kecederaan meraih penampilan suku akhir kali ke-15 pada Terbuka Perancis selepas kebangkitan menakjubkan ke atas pemain Argentina, Francisco Cerundolo pada pusingan keempat awal pagi tadi, manakala Daniil Medvedev muncul pemain pilihan tertinggi tersingkir di Roland Garros setakat ini.

Dalam undian wanita, kedua-dua Aryna Sabalenka dan Elena Rybakina mudah memastikan langkahan ke suku akhir.

Djokovic yang terhincut-hincut kelihatan akan mengalami kekalahan mengejut apabila ketinggalan dua set berbanding satu dan ketinggalan 4-2 pada set keempat, namun dia bangkit daripada ambang kekalahan untuk menggembirakan peminat di gelanggang Philippe Chatrier apabila menang 6-1, 5-7, 3-6, 7-5, 6-3 selepas empat jam 39 minit.

"Saya mungkin tiga atau empat mata sahaja daripada kalah perlawanan ini," kata juara bertahan itu. "Saya tidak pasti bagaimana saya menang perlawanan ini."


Djokovic berjaya mengelak tersingkir paling awal daripada kejohanan itu sejak 2009, mencipta pertembungan ulangan final tahun lalu menentang Casper Ruud, yang menewaskan Taylor Fritz dalam empat set.



Pemain Australia, Alex De Minaur membalas pukulan forehand ketika mengejutkan pemain Russia, Daniil Medvedev pada pusingan keempat perseorangan lelaki Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris awal pagi tadi. – Foto AFP

Bagaimanapun, dia berkata dia belum pasti 100 peratus sama ada dia cergas untuk beraksi awal pagi Khamis ini.

"Saya tidak tahu apa akan berlaku esok atau lusa jika saya mampu untuk melangkah ke dalam gelanggang dan bermain. Saya berharap boleh. Tunggulah apa yang akan berlaku," katanya, sebelum menyalahkan kecederaan lutut kanan dialaminya di gelanggang licin itu.

"Bolehkah kecederaan ini dihalang? Mungkin," kata Djokovic, yang meminta gelanggang itu supaya disapu dengan lebih kerap.

Djokovic layak ke pusingan 16 terakhir dengan mengalahkan pemain Itali, Lorenzo Musetti dalam satu lagi pertembungan epik lima set yang berakhir pada jam 3:07 pagi Ahad lalu.

Sementara itu, pilihan kelima Medvedev mengalami kekalahan empat set di tangan pemain Australia, Alex de Minaur, bermula garang sebelum tumbang 4-6, 6-2, 6-1, 6-3.


Pemain Belarus, Aryna Sabalenka (kanan) berjabat tangan dengan pemain AS, Emma Navarro selepas menang aksi pusingan keempat perseorangan wanita Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris semalam. – Foto REUTERS

De Minaur akan berdepan Alexander Zverev pada suku akhir keduanya dalam Grand Slam dan pertama sejak Terbuka AS 2020.

Dalam pertandingan wanita, pemain nombor dua dunia Sabalenka, yang layak ke separuh akhir pada 2023 dan mara sekurang-kurangnya separuh akhir dalam enam Grand Slam terakhirnya, ternyata terlalu kuat buat pilihan ke-22 dari Amerika, Emma Navarro.

Pemain Belarus itu layak ke suku akhir, melakukan 36 pukulan 'winners' ketika menang 6-2, 6-3.

Sabalenka, yang tumpas kepada Iga Swiatek pada final di Madrid dan Terbuka Rome pada musim gelanggang tanah liat kali ini, akan bertemu pemain Russia berusia 17 tahun, Mirra Andreeva pada suku akhir.

Andreeva muncul pemain wanita paling muda layak ke suku akhir Terbuka Perancis sejak 2005 dengan kemenangan 7-5, 6-2 ke atas pemain Perancis kelahiran Russia, Varvara Gracheva.

Bekas juara Wimbledon yang juga pilihan keempat, Rybakina menyingkirkan Elina Svitolina 6-4, 6-3 dan akan berdepan pemain Itali, Jasmine Paolini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... medvedev-tersungkur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.049162 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list