CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3751|Reply: 0

[Tempatan] Agong, Raja Permaisuri berkenan terima Darjah Kebesaran Persekutuan

[Copy link]
Post time 5-6-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN).

Darjah Kebesaran DKM dipersembahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Darjah Kebesaran DMN pula dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang ditabalkan menjadi Sultan dan Raja di negerinya serta orang-orang yang paling dihormati.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Awang Alik Jeman dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

BERITA BERKAITAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.033936 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list