View: 5402|Reply: 13
|
Jaclyn Victor juara MI, Ikon, GV & ASGV berkonsert sempena 20 tahun dalam industri muzik
[Copy link]
|
|
Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengumumkan bakal mengadakan konsert solo buat julung kalinya.
Dipersembahkan oleh Rag Doll Records dan hasil kerjasama Banyak Bagus Entertainment serta Awake Production, membawakan Jaclyn Victor First Solo Concert yang dijadualkan bakal berlangsung pada 12 Oktober ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor mengakui, dia mempunyai perasaan gementar namun sangat teruja untuk menjayakan konsert tersebut.
Dalam pada itu, pelantun lagu Di Bawah Pohon Asmara ini berkata, tempoh masa dua dekad telah memberinya banyak pendedahan untuk bergelar anak seni yang berkaliber.
"Ini merupakan konsert sulung dan besar untuk saya. Saya percaya tempoh 20 tahun menjadi anak seni dan mengutip ilmu serta pengalaman, sudah masanya saya menghiburkan peminat dalam sebuah konsert sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka sehingga nama Jaclyn Victor masih kekal relavan sehingga dua dekad."
Kejayaan demi kejayaan yang diraih menerusi pertandingan program realiti juga membuktikan bahawa Jaclyn mampu untuk terus menyinar di dalam industri seni.
Pada konsert tersebut, para peminat juga bakal menyaksikan penyanyi berusia 45 tahun itu mempersembahkan sekitar 25 buah lagu dengan iringan pengarah muzik terkenal iaitu Genervie Kim.
Untuk anda yang berminat, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket konsert yang akan dijual mulai 6 Jun ini di www.livepass.asia.
Harga bermula dari RM258 (JAGALAH DIRI), RM328 (CINTA TIADA AKHIRNYA), RM388 (BERTEMU DI KALBU), RM438 (IKUT RENTAKKU), RM488 (GEMILANG), RM688 (VIP) sehingga RM888 (VVIP-BOX untuk 10 orang).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-6-2024 10:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-6-2024 10:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by fadz84 at 5-6-2024 10:43 PM
Jac adalah antara penyanyi yg berjaya merangkul awards kat anugerah2 utama sepanjang pembabitan dlm industri muzik;
Anugerah Industri Muzik - 10 awards
Anugerah Planet Muzik - 2 awards
Anugerah Juara Lagu - 5 awards
Anugerah Bintang Popular BH - 2 awards
Anugerah Shout! - 1 award
Hits 1 - 2 awards
Festival Filem Malaysia - 1 award
Juara Malaysian Idol
Juara Ikon Malaysia
Juara Gegar Vaganza
Juara All Star Gegar Vaganza
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam dh jumpa peluk cium dah Jac .. yeahhh lets concert semalam nyanyi cenggitu pun sedap dh |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-6-2024 10:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Antara lagu yang mungkin dinyanyikan dlm konsert solo Jac;
Gemilang
Di bawah pohon Asmara
Tiada lagi indah
Cinta tiada akhirnya
Cepat Cepat
Ceritera Cinta
Satu harapan
Bertamu di kalbu
Sebelah jiwaku
Jagalah diri
Ikut rentakku
Beribu sesalan
Semua isi hatimu
Dimana dimana
Wajah
Tunggu sekejap |
|
|
|
|
|
|
|
mesti siti nana yg rekemen sheols buat dekat zepp ni |
|
|
|
|
|
|
|
Zepp adalah tempat paling sesuai buat konsert kat situ. walaupn kapasiti tak sebesar axiata ke, tapi puas sangat.
sound system best, lepastu nampak dekat penyanyi. takde la jauh kan. harapnya banyak lagi tempat konsert macam ni
review tempat konsert lain yg pernah pergi.
1. Megastar arena - sound system best, sesuai sangat buat konsert untuk kapasiti yg sederhana ramai. sebab lagi kecik dari stadium, jadinya pantulan bunyi tu lagi dengar kuat dan puas hati la. yang tak bestnya kalau duduk dkt bawah, selalu letak kerusi kat dewan seminar, padahal yg bawah tu bayar mahal.
2. Dewan philharmonik - boring sikit sebab agak formal, nak ambil video pun tak boleh, kena laser. DFP ni bak kata musician, sesuai untuk yang klasik/tradisional or orkestra.
3. Axiata&stadium melawati - okla besar, sound system ada best ada tak best, depends dkt sound engineer dgn musician. sebab besar, jadi pantulan bunyi tu lebih jauh and tak best sangat compare dkt zepp&star arena. yang tak bestnya rasa jauh sangat dengan penyanyi. kalau stage tu sampai ke depan or keliling mcm artis luar selalu buat, baru syok and berbaloi. kalau dekat tempat mcm ni pun sesuai kalau banyak standing.
|
|
|
|
|
|
|
|
ye la megastar tu kerusi balairaya je pakai. ya ampun sakit pinggang lama2 . i pegi time kumar punyalah lenguhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fadz84 at 6-6-2024 12:39 PM
Kapasiti penonton untuk kelima-lima venue konsert ni;
Philharmonic - 920
Zepp KL - 2,414
Megastar Arena - 5,000
Stadium Melawati - 13,000
Axiata Arena - 16,000
Antara venue konsert lain;
Istana Budaya - 1,412
Arena of Stars - 5,000
|
|
|
|
|
|
|
|
Istana Budaya pun tak boleh ambil video lama2 kan...
kalau Axiata pun dah rasa jauh, apalagi stadium nasional... mcm semut jahhh... tapi suasana konsert tu yg mahal... otherwise rasa mcm tgk dekat auditorium angkasapuri jela...
kalau nak kelainan iols propose penyanyi buat konsert dekat Encore, Melaka... stage 360 darjah yach... sesuai sgt utk konsert tradisional yg penuh dgn penari2... aaagitewww
|
|
|
|
|
|
|
|
Plenary berapa kapasiti??
i baru nak pergi plenary utk konsert newboyz nanti.
philharmonik tu tak sampai seribu, kalau ada artis yg tak boleh sold out atau paling kurang 90% sold tiket konsert kat situ, takleh nak bermimpi buat tempat besar lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
istana budaya pernah pergi masa tengok konsert teater muzikal semanis honey.
kalau teater muzikal tu, vibe dia lain sikit la kan dari konsert. kalau teater tu lagi la tak boleh amik video.
kalau vibe konsert best, memang zepp la tempatnya. lagi best kalau bawah tu semua standing . tapi i tak larat nak berdiri. so tetapla akan pilih seating
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fadz84 at 28-6-2024 11:27 AM
Plenary Hall kalau full capacity 2,994 seats.. Wah layan NB yek? mesti geng2 layan NB masa sekolah ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|