View: 2526|Reply: 5
|
Bani Qurayza, penghambaan wanita & kanak-kanak serta Rayhana.
[Copy link]
|
|
Aku baru terbaca satu topik di thread isu semasa mengenai hal puak Islam di Afghan yang membunuh para petugas PBB kerana terhina dengan Pastor Jones. Ada seorang forumer di situ mengemukakan kenyataan mengenai penyembelihan bani qurayza serta pengambilan Rayhana sebagai hamba(seks?) Rasullah. Di sini aku beri kenyataan tersebut;
u right baby. nabi mmg tak bunuh kanak2.
ketika massacre of bani qurayza. nabi membunuh semua lelaki kecuali yg kanak2. cara menentukan kanak2 atau bukan ialah dgn melihat bulu ari2. sesape yg sudah tumbuh ari2 dibunuh atas arahan nabi.
manakala wanita dijadikan tawanan perang. rayhana gadis muda bani qurayza diambil nabi sebagai hamba miliknya.
Aku adalah google sikit mengenai hal ini, dan hasilnya sejarawan bersetuju Rasullah memang mengarahkan pengikutnya supaya membunuh sebahagian besar golongan lelaki dari bani itu kecuali kepada mereka yang memeluk Islam( walaupun terpaksa).
Persoalan yang hendak aku utarakan adalah
a) Adakah ada justifikasi yang kuat atas tindakan Rasullah menyembelih Bani Qurayza. Agak racist tindakan itu jika dilihat dari sudut neutral, lebih kurang sama dengan tindakan Hitler ke atas kaum Yahudi serta tindakan puakk Serb ke atas puak Bosnia.
b) Benarkah layanan seperti yang dikatakan di atas diberikan kepada golongan wanita dan kanak-kanak bani Qurayza itu? Adakah Rasullah benar-benar menentukan status kanak-kanak lelaki hanya dengan melihat bulu ari-ari mereka, yakni jika tumbuh mereka layak untuk dipenggal kepalanya?
c) Apakah maksud memperhambakan golongan wanita dan kanak-kanak; adakah mereka dijadikan buruh paksa atau lebih teruk lagi, djadikan hamba seks?
d) Dan apakah sebenarnya layanan Rasullah kepada Rayhana. Banyak versi mengenai hal ini; ada yang mengatakan Rayhana dipaksa memeluk Islam dan dijadikan salah seorang isteri Rasullah, manakala ada yang mengatakan Rayhana di jadikan gundik/hamba seks Rasullah dan ada jua mengatakan Rayhana dan Rasullah hidup happily ever after.
Saya minta tolong anda semua di sini menerangkan perihal sebenar akan sejarah ini. Adakah forumer yang memberikan kenyataan di atas benar ataupun sebaliknya. Jujurnya cerita mengenai sejarah ini memang membuatkan aku semakin gusar terhadap agama Islam ini serta peribadi Rasullah sendiri.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu saya bani qurayza ni adalah dari bangsa yahudi. mereka dihukum gantung, bukan sembelih. dan yang memberi arahan adalah bukan nabi saw tetapi nabi telah menyerahkan kepada ketua kaum ansar di madinah ( x igt nama). puncanya, kerana ketika terjadi perang khandak, puak qurayza telah bersekongkol dengan puak2 musyrikin untuk menyerang kaum islam. jika perancangan mereka berjalan lancar, mereka bersama dengan tentera musyrikin akan membunuh semua orang islam tidak kira kanak-kanak, orang tua, wanita atau tentera islam. tetapi atas bantuan Allah, kaum islam telah menang setelah Allah mendatangkan keraguan di dalam perancangan antara kaum musyrikin dan bani qurayza ini dan musim sejuk yang melampau pada tahun itu. Apabila puak2 musyrikin telah meninggalkan kubu islam yang dikelilingi parit yg dalam, rasulullah telah menyerahkan nasib kaum qurayza kepada seorang ketua kaum ansar yang sebelum ini terancam anak pinaknya. ketua tersebut telah menghukum gantung semua kaum lelaki bani qurayza yang terlibat merangcang pembunuhan besar-besaran seluruh kaum islam tidak kira kecil, besar, wanita, tua atau muda. |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni kapir ke?kalau betul,jgn nak sibuk2 pasal agama Islam.ko dpt tau pon drp sumber bukan Islam.mmg la sumber2 tu akan kutuk dan menghina agama Islam dan Rasulullah itu sendiri.tp pada kami org Islam,Rasulullah adalah semulia2 manusia yang takkan buat mcmtu.tak pernah aku dgr dlm sirah nabi,Rasulullah ni suka2 hati membunuh kecuali semasa peperangan.sampaikan Nabi pernah berpesan kepada tenteranya supaya tidak membunuh kanak2 kecil,wanita dan memusnahkan rumah ibadat.tapi ko tgk skrg,tentera kapir membunuh tidak kira lelaki,malah kanak2 dan wanita.
itu Nabi yang memang terkenal dgn sifat mulianya.kalau ko baca kisah semasa perang salib,ketua kerajaan Kristian pada masa itu iaitu King Richard pernah memuji tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salehuddin al-Ayubi.ketika beliau sedang gering, Sultan Salehuddin ini telah menyamar sebagai tabib untuk mengubati King Richard ni.kalau ko fikir Islam ni kejam,kenapa beliau buat begitu?kenapa tidak dibagi racun saja pd King Richard ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni kapir ke?kalau betul,jgn nak sibuk2 pasal agama Islam.ko dpt tau pon drp sumber bukan Islam.mm ...
mawarberduri Post at 4-4-2011 14:23
perlu ke sentap sampai mcm tu?... kalau tau jawab, kalau tak tau serahkan pada yang tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku adalah google sikit mengenai hal ini, dan hasilnya sejarawan bersetuju Rasullah memang mengarahkan pengikutnya supaya membunuh sebahagian besar golongan lelaki dari bani itu kecuali kepada mereka yang memeluk Islam( walaupun terpaksa).
Neraka Bulan Post at 4-4-2011 14:09
Kau baru google sikit, kau pun buat thesis untuk PhD?
Yang aku bold tu pun dah salah ceritanya. Ceritanya, bani Qurayza tu yang lantik hakim. Dan sanggup ikut hukuman yang akan diberi oleh hakim berkenaan. pada sangkanya hakim tu baik dengan yahudi maka akan dihukum dengan hukuman ringan. Tapi hakim tu menggunakan undang-undang perang yahudi sendiri.
Book 019, Number 4368:
It has been narrated on the authority of Abu Sa'id al-Khudri who said: The people of Quraiza surrendered accepting the decision of Sa'd b. Mu'adh about them. Accordingly, the Messenger of Allah (may peace be upon him) sent for Sa'd who came to him riding a donkey. When he approached the mosque, the Messenger of Allah (may peace be upon him) said to the Ansar: Stand up to receive your chieftain. Then he said (to Sa'd): These people have surrendered accepting your decision. He (Sa'd) said: You will kill their fighters and capture their women and children. (Hearing this), the Propbot (may peace he tpon him) said: You have adjudged by the command of God. The narrator is reported to have said: Perhaps he said: You have adjuged by the decision of a king.
Ole3h sebab thread ni hanya sesuai di RSF dan dah ada thread lain di bod hadith. Thread ini ditutup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|