View: 24418|Reply: 22
|
Polis London Siasat Aktiviti Sentap Tudung Wanita - “Tiada Tempat Untuk Tingkah Laku Seperti Ini Di London"
[Copy link]
|
|
LONDON – Polis Metropolitan London menyiasat rakaman video memaparkan seorang penyerang menarik tudung beberapa wanita beragama Islam ketika mereka berjalan di barat London, lapor akhbar Metro UK semalam.
Rakaman tular di laman sosial menunjukkan sejumlah wanita bertudung menjadi sasaran seseorang yang merakam kejadian tersebut di Kensington.
Seorang pengguna Instagram, Bahar Mahroo yang berkongsikan video itu berkata: “Sama seperti anda merampas demokrasi daripada kami di Iran dan memaksa kami memakai tudung, disebabkan kami mempunyai demokrasi di negara ini, kami akan menanggalkan tudung ini daripada anda.”
Bahar bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu dan berkata, dia hanya berkongsi video berkenaan.
Sementara itu, Polis Metropolitan London berkata: “Tiada tempat untuk tingkah laku seperti ini di London.
“Kami sedang berhubung dengan salah seorang mangsa dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan sebenar dan menangani sebarang kesalahan yang dilakukan.”
Pemakaian tudung diwajibkan di Iran sejak tahun 1983 selepas Revolusi Iran pada 1979. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Benci sungguh persian dengan 1979 revolution....seperti support pula tarik hijab... |
|
|
|
|
|
|
|
Sama seperti anda merampas demokrasi daripada kami di Iran dan memaksa kami memakai tudung, disebabkan kami mempunyai demokrasi di negara ini, kami akan menanggalkan tudung ini daripada anda
bodowww, pompuan2 tu ke yg tindas korang? ke sbb pompuan, maka ngko berani cari pasal. gitu ke cara protes? dasar pengecut. |
|
|
|
|
|
|
|
Tudung bukan sekadar pakaian. Boleh jadi macam2. It's a political statement. Bagi aku lah when you're in non muslim countries macam di europe atau jepun, lebih aman free hair sahaja lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-7-2024 10:26 AM
Tudung bukan sekadar pakaian. Boleh jadi macam2. It's a political statement. Bagi aku lah when you'r ...
tak boleh suka2 hati nk free hair di negara non Muslim... bertudung tetaplah wajib... dan tidak wajar mengaitkan tudung dgn political statement... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-7-2024 08:18 PM
Mungkin ini pasal kes pro-Palestine buat protest di jalanan setiap hari di jalanan di seluruh bandar di united kingdom sehingga menganggu kehidupan, perniagaan etc merosakkan banggunan dan juga memukul penduduk tempatan dan juga setiap tempat mesti dijaga oleh polis.
Sekarang ni jews dan penganut agama christian bersatu menentang pro Palestine.
Dan juga fedup dengan pendatang hara yang menyeberangi english channel. Banyak hotel ditutup hanya untuk menemptkn pendatang haram. British gov terpaksa membayar kepada france gov ratusan juta untuk menghalang pendatang menyeberang English Channel dan juga btitish gov trrpaksa membelanjakan £7 million setiap hari untuk menempatkan dan manjaga penyandang haram ni. Sekarang ni memang kecoh pasal pendatang haram dan pro Palestine ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa kata tak boleh, us or them? Kalau bertudung itu bukan political statement, what statement is it fashion?
|
|
|
|
|
|
|
|
I baca yg tarik tudung tu staff nhs...takut nya kalau org gini dlm nhs tu... silap2 ada org islam mati kena bunuh senyap2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: Tudung bukan sekadar pakaia[quote]Decaffeinated: Tudung bukan sekadar pakaian. ...
Nak selamat jadi wanita muslim kena free hair? Apa punya liberal statement la. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-7-2024 02:34 PM
Siapa kata tak boleh, us or them? Kalau bertudung itu bukan political statement, what statement is ...
Bertudung bukan politik tapi perintah Allah. Kau tak nak ikut perintah Allah,mtak payah la nak suruh org buang tudung bagai. Takde sape paksa kau pakai tudung pun. Iran tu shiah memang diaorang buat undang2 macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 3-7-2024 03:05 PM
I baca yg tarik tudung tu staff nhs...takut nya kalau org gini dlm nhs tu... silap2 ada org islam ma ...
Dah lama diaorang bunuh orang islam terang2 dan senyap2 pun, di britain dulu ada satu keluarga muslim pakistan kena langgar dengan lori oleh oemandu yang benci org islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Did I sound like aku paksa ka then maybe I should rephrase. Aku lelaki lah buat apa pula aku nak bertudung tapi kalau ada saudara2 perempuan aku nak free hair masa travel spt di US, Europe atau Jepun aku OK ja. It's even safer (in a way la) and certainly you don't invite unnecessary attention.
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah
Pada macik
Kepala dia
Rambut dia
Dosa dia
Biarlah dia
Nak pakai ke tak pakai
Itu hak dia
Asalkan dia tak paksa orang lain ikut dia
Koserrr nak jaga dosa orang |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai turban.
Easy.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 3-7-2024 08:51 PM
Omputih memang dah rengsa dengan tudung. Masalahnya kadang2 yang muslim pun perangai menjengkelkan. Bila orang tak bertudung kena harass jugak. Apa kata lantakkan siapa nak tudung siapa taknak tudung. It’s just a piece of cloth. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak suka artis pelakon bertudung.sbb rasa tak sesuai pakai tudung dlm bilik tido berbual dengan laki sendiri. Kalau menyanyi okay la. Sbb bole fesyen mcm mcm. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa nk tarik tudung org plak. nk buat political statement pun boleh x jgn harrass n violate privacy org lain. apa masalah mental org main tarik2 tudung org. contohnya kalau org tarik seluar u in public, mmg wajib kena sepak terajang dah. gitulah perasaan wanita bertudung ni. mmg trigger betul baca news ni. dulu pernah ada seorg mamat ni nk gurau kononnya tp pi tarik tudung i sampai tertetas keronsang n terbuka. i punya menyirap nk marah terus mengalir air mata. geram rasa nk sepak. tp x mampu sbb terlalu nk marah plus malu sgt2. last2 lari n menangis je mampu. so pathetic rasa. sampai skrg i wish i should hv sepak him or somethg. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan British terima je lah pendatang2 tu. Kalau ikutkan sejarah negara British jugalah yg banyak porak perandakan negara lain, datang menjajah, mencuri khazanah dan artifak, membawa masuk Yahudi ke Palestin sehingga terbentuknya negara haram Israel dan macam2 lagi lah, Jadi British/ Britain / United Kingdom ni tak boleh dikatakan suci juga, tangan penuh dosa2 lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: Tudung bukan sekadar pakaian. Boleh jadi macam2. It's a political statement. Bagi aku lah when you're in non muslim countries macam di europe atau jep ...
sis.. pakai tudung mmg tak wajib dalam islam, takde pun tulis dalam quran.. tapi tutup aurat tu tetap wajib ye, sis kan terpaling educated.. mesti tau.. kalau tak nak pakai tudung, suruh je pakai hoodie as hijab, so dah boleh perfectly blend with others.. tak susah kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 3-7-2024 09:29 AM
bodowww, pompuan2 tu ke yg tindas korang? ke sbb pompuan, maka ngko berani cari pasal. gitu ke car ...
Kannnn..nasib kau dah cerca dulu.
Orang lain yang menindas, orang lain yang dapat balas. Apa ke bengap. Dunia tipu tipu ni memang penuh dgn manusia mental bengap dan bodoh. Selayaknya pemimpin pun semua bodoh belaka dah rakyat marhaen pun majaroti bodoh bengap.
Sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
|