CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24816|Reply: 8

[Tempatan] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Pintu pagar semua balai polis ditutup selepas 10 malam.Wajar atau tidak

[Copy link]
Post time 9-7-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Pintu pagar balai polis di seluruh negara akan ditutup selepas jam 10 malam sebagai langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu diambil sebagai mengimbangi keperluan untuk masyarakat dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas.

“Ekoran peristiwa di Balai Polis Ulu Tiram, tindakan segera PDRM (Polis Diraja Malaysia) adalah memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran supaya perbaiki beberapa arahan.

“Susulan isu sama, arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polkis Negara turut memasukkan supaya balai polis ditutup selepas jam 10 malam.

“Kita kena imbangi balai polis sebagai tempat rakyat mengadu dan dalam masa sama balai polis juga turut jadi sasaran. Jadi, kita kena imbangi kedua-duanya,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot (GPS – Serian) mengenai langkah-langkah untuk memperketatkan keselamatan di balai polis di Malaysia susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.

Insiden berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lalu menyaksikan dua anggota polis terkorban selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang, manakala suspek juga meninggal dunia.

Serangan itu juga turut mengakibatkan seorang lagi anggota polis cedera akibat terkena tembakan di bahu.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai langkah-langkah diambil untuk menghadapi ancaman pengganas, Saifuddin Nasution berkata, pasukan keselamatan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

Katanya, polis akan akan sentiasa mengambil langkah dan tindakan sewajarnya bagi memastikan ancaman atau fahaman berbaur pengganas tidak terus tersebar di negara ini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Wajar.
2. Ada apa2 kalu, urus dengan security polis kat pondok dekat pagar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Balai besar biasanya takda masalah.

Yang jadik masalah ni, kat balai kecik sikit orang on duty tengah malam + subuh buta.

Kes bunuh diri tembak diri sendiri di kalangan pegawai polis ni pun biasanya jadik kat balaik kecik, during wee hours 3 am masa syaiton tengah aktif.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak kes tembak² pulis kt johor ritu balai pulis kt umah aku neh mmg letak kon xbg entry kt civilian dh utk apa² urusan xkira masa.
Seblom ni mmg bebas kluar masuk parking dlm kawasan balai.
Now parking la bsepah kt tepi² jln.
Nyawa tuh tadak galang ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jer cuma cari kaedah yg blh mudahkan org ramai yg perlukan khidmat polis secara tiba2 yg satu je jln masuknya tak blh melencong mana2 & berjarak sikit dr pagar. Risau kalau tak dpt masuk kang deme lontar bom pula
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Security guard atau anjing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal sgt kul 10 mlm tu....
Lebih prefer kul 12 tgh mlm
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat pagar mcm kat station minyak tu kat lobi balai polis. Lepas pukul 10 ada apa2 hal, pengadu  atau org awam terhad kat lobi saja. Polis yg bertugas duduk dlm bilik berpagar tu. Nyawa polis satu je. Biarlah dorang bekerja dlm keadaan selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Balai polis pon dah x selamat sejak zaman madanon lahanat ni naik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054253 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list