CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31312|Reply: 0

[Kedah] 'Dia mengaku salah, bersetuju bayar pampasan RM13,000, tapi tularkan semula isu itu'

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:39 AM | Show all posts |Read mode
'Dia mengaku salah, bersetuju bayar pampasan RM13,000, tapi tularkan semula isu itu'


Hamzah Osman / 25JUL24[email protected]





ROTNA Fairi (kiri) dan kakitangan, Amirul Ikhsan Ismail, 34, menunjukkan gambar jetski yang rosak dan laporan polis ketika ditemui. FOTO Hamzah Osman





Langkawi: Pemilik syarikat CBW Watersport, Rotna Fairi Rahani terkilan selepas pelanggan yang juga pempengaruh media sosial Sarawak, Ngek Tsai bertindak menularkan isu pembayaran pampasan RM13,000 susulan kerosakan jetski (luncur jet) yang digunakannya ketika bercuti di sini, baru-baru ini.

Rotna Fairi turut mempersoalkan tujuan sebenar pempengaruh popular terbabit yang nama sebenar Zameen Saini menularkan perkara itu selepas mengaku salah dan bersetuju membayar pampasan pada hari kejadian, Ahad lalu.

"Pada hari kejadian, kira-kira 6.15 petang, kakitangan saya berbincang dengan pelanggan terbabit dan dia mengaku melakukan kesalahan selepas menyebabkan perlanggaran dua jetski yang digunakannya bersama rakan.

"Perbincangan turut mencapai kata sepakat apabila dia (Ngek Tsai) bersetuju membayar RM13,000 walaupun jumlah pampasan sebenar dikenakan adalah RM15,000," katanya ketika ditemui di Pantai Tengah di sini, hari ini.

Rotna Fairi, 45, yang mengusahakan perkhidmatan sewa jetski lebih 10 tahun lalu berkata, dia diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dua hari lalu dipercayai susulan laporan polis yang dibuat Ngek Tsai di Kuching, Sarawak.

"Sebagai pelanggan dia (Ngek Tsai) menandatangani borang indemniti untuk mematuhi beberapa syarat ditetapkan dan bersetuju membayar pampasan sehingga RM20,000 jika berlaku kerosakan pada jetski.

"Saya masih menyimpan rakaman video yang memaparkan dia (Ngek Tsai) mengaku salah atas kejadian dan bersetuju membayar pampasan RM13,000, tapi dia tularkan semula isu itu selepas kembali ke Sarawak," katanya.

Rotna Fairi berkata, dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Padang Matsirat di sini, hari ini, termasuk menuntut Ngek Tsai memadamkan catatan berkaitan syarikatnya di Facebook dan memohon maaf secara terbuka.

"Jika dia (Ngek Tsai) gagal berbuat demikian, pihak syarikat akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Terdahulu, Ngek Tsai berkongsi kekecewaan di Facebooknya, Ngek Tsai Army selepas dipaksa membayar RM13,000 kerana merosakkan jetski ketika melakukan riadah air di Pantai Tengah di sini.

Menerusi catatan itu, Ngek Tsai mengakui kemalangan itu berlaku kerana kesilapannya dan sudah membayar pampasan selepas berunding dengan syarikat terbabit.

Bagaimanapun, Ngek Tsai mendakwa dia tidak diberikan resit sebagai bukti pembayaran pampasan dan pampasan yang dikenakan bagi pembaikan itu mahal.

"Benarkah nilai kerosakan RM15,000? Jika ya, di manakah butirannya? Selepas membayar RM9,000, saya tidak mendapat resit! Ia bukan RM9 tetapi RM9,000!!!"

"Kenapa saya mesti bayar RM13,000? Saya bersetuju untuk membayar kerosakan, bukan harga gangguan kepada perniagaan mereka kerana satu jet ski rosak. Kenapa pelancong perlu membayar kerugian perniagaan?" tanya beliau.

Ngek Tsai membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Kuching selepas pulang ke Sarawak.



Disiarkan pada: Julai 25, 2024 @ 10:03pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.437399 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list