CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18036|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim ditutup secara berperingkat Ahad ini

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim ditutup secara berperingkat Ahad ini


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 26, 2024 @ 12:46pm [email protected]





Gambar hiasan - Jambatan Pulau Pinang. NSTP/DANIAL SAAD





Georgetown: Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini, akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024 pada Ahad ini.

Jambatan Pulau Pinang akan ditutup bermula jam 6.30 pagi hingga 9 pagi dari sebelah pulau, manakala penutupan JSAHMS atau Jambatan Kedua Pulau Pinang dari Batu Kawan ke Batu Maung akan bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, berkata beberapa jalan terbabit juga akan ditutup secara berperingkat bagi menjayakan program kayuhan itu yang akan bermula dan berakhir di Tapak Pesta Sungai Nibong.

"Acara kayuhan itu akan melalui Jambatan Pulau Pinang, Jalan Perindustrian Juru, Batu Kawan sebelum berpatah balik ke Tapak Pesta melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Lebuhraya Tun Dr Lum Chong Eu.

"Seramai 2,343 peserta mendaftar untuk menyertai acara kayuhan sejauh 68 kilometer tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai makluman, peserta akan dilepaskan pada jam 7 pagi di Tapak Pesta Sungai Nibong dan mereka kemudiannya akan menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dari pulau ke tanah besar sebelum melakukan kayuhan pulang dari Batu Kawan ke Batu Maung melalui JSAHMS.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057065 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list