CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22194|Reply: 2

[Kedah] Paras air Empangan Muda menyusut drastik

[Copy link]
Post time 26-7-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Paras air Empangan Muda menyusut drastik


M Hifzuddin Ikhsan[email protected]





Paras air Tasik Gubir yang menempatkan Empangan Pedu merosot akibat cuaca panas dan musim kemarau yang panjang ketika ini. FOTO M HIFZUDDIN IKHSAN





Sik: Paras air Tasik Gubir yang menempatkan Empangan Muda mengalami penyusutan drastik akibat cuaca panas dan musim kemarau ketika ini.

Tinjauan mendapati jarak tebing asal Tasik Gubir kini menurun lebih 100 meter akibat jumlah takungan merosot ke tahap 9.96 peratus semalam, selepas tidak menerima hujan sejak lebih sebulan lalu.

Turut dapat dilihat kedudukan batuan yang sepatutnya ditenggelami air di kawasan tengah tasik dan bot nelayan darat yang terdampar di sekitar tebing.

Nelayan tasik, Mohd Yusof Syafaie, 67, berkata paras air mula menurun sejak dua bulan lalu, akibat musim kemarau yang terlalu panjang pada tahun ini.

Jelasnya, cuaca tahun ini agak berbeza berbanding tahun lalu, kerana sepatutnya musim hujan sudah bermula ketika ini, namun sehingga kini musim kemarau masih berlarutan.

"Memang menjadi kebiasaan pada setiap tahun air tasik akan menyusut pada musim kemarau antara Januari hingga April, namun paras air akan kembali meningkat apabila cuaca mulai hujan sekitar Mei.

"Tetapi tahun ini agak pelik kerana paras tasik semakin menyusut sehingga kawasan tengah tasik menjadi cetek dan tebing semakin jauh dari jeti nelayan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Yusof berkata, bagaimanapun penyusutan paras air Tasik Gubir turut memberi rahmat kepada komuniti nelayan darat yang tidak pernah pulang tangan kosong.

Beliau yang menjadi nelayan darat sejak 30 tahun lalu berkata, ini kerana ikan darat seperti tilapia dan baung mudah terkena pukat dan nelayan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan hasil.

"Jika paras tasik tinggi, kami perlu bergerak agak jauh untuk menahan pukat dan menunggu sehingga lewat petang jika mahu mendapat hasil ikan yang banyak.

"Pada musim kemarau, kami tidak perlu pergi jauh, cukup sekadar tahan pukat di kawasan mempunyai air dan tunggu sehingga waktu tengah hari sebelum mula mengutip hasil tangkapan," katanya yang berasal dari Belantek.

Beliau berkata, hasil tangkapan pelbagai ikan darat membantunya memperoleh pendapatan antara RM80 sehingga RM100 sehari yang digunakannya bagi menyara keluarga.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semalam, memaklumkan Paras air di Empangan Muda semakin susut apabila mencatatkan takungan air hanya sebanyak 9.96 peratus.

Dua lagi empangan di bawah seliaan agensi itu iaitu Empangan Pedu mencatatkan takungan air sebanyak 43.1 peratus dan Empangan Ahning sebanyak 83.07 peratus.

Tiga empangan terbabit penting kerana membekalkan air bagi kegunaan domestik termasuk bagi penduduk di Pulau Pinang dan Perlis selain digunakan untuk saliran pertanian terutamanya padi.



Disiarkan pada: Julai 26, 2024 @ 4:09pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 07:13 PM | Show all posts
Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik

Comments

aamiin.  Post time 26-7-2024 07:38 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.131257 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list