CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26846|Reply: 0

[Johor] Pasang kalau memori pulih

[Copy link]
Post time 30-7-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Nasir (kanan) bersama Mas Imran (dua dari kiri) ketika mengunjungi rumah Mohd Ahzan di Kampung Setanggi, Johor Bahru. FOTO Mary Victoria Dass


Johor Bahru: "Doktor tidak pasti sama ada separuh tempurung kepala Mohd Ahzan yang dikeluarkan akan dipasang semula atau sebaliknya. Ia bergantung kepada tahap penyembuhan kecederaan di kepalanya," kata Norhayati A Razak, 53.

Norhayati berkata, dia difahamkan, pemasangan semula tempurung kepala itu hanya akan dilakukan sekiranya daya ingatan anak sulungnya, Mohd Ahzan Husni, 35, pulih sepenuhnya dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Menurutnya, sekiranya keadaannya masih sama, pemasangan semula tempurung tidak akan dilakukan selamanya.

"Mohd Ahzan masih mengadu sakit kepala dan buat masa ini, keadaannya hanya pulih 20 peratus.

"Kami semakin bimbang memikirkan masa depan Mohd Ahzan mahupun anak-anaknya, sekiranya saya dan suami tiada lagi, siapa akan menjaganya serta tiga anaknya yang masih kecil," katanya.

Norhayati berkata, tangan kanan Mohd Ahzan juga gagal berfungsi dengan baik dipercayai akibat kecederaan dialami di bahagian kiri kepala.

"Anak perempuannya berusia empat tahun agak terkesan melihat keadaan bapanya dan kerap menangis kerana dia paling rapat dengan bapanya berbanding dua anak lelakinya berusia tiga dan enam tahun.

"Kami berdoa semoga Allah SWT dapat memberikan kesembuhan kepada Mohd Ahzan. Pada masa sama, kami turut berharap individu yang mencederakan Mohd Ahzan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman setimpal," katanya.

Norhayati berkata demikian ketika menerima sumbangan disampaikan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry Mas Imran Adam serta bantuan segera daripada wakil Jejak asnaf Majlis Agama Islam Johor (Maij) Mohd Nasir Ishak.

Mas Imran berkata, pihaknya menyalurkan sumbangan barangan keperluan bernilai RM1,000 kepada keluarga berkenaan.

"Diharap keluarga Mohd Ahzan tabah dengan dugaan dialami," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban keluarga Norhayati menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya di 0199 5411 0061 2342.

Sementara itu, Mohd Nasir Ishak berkata, pihaknya mencadangkan keluarga berkenaan memohon bantuan sara hidup demi meringankan beban.

"Tempoh penyembuhan Mohd Ahzan mungkin memakan masa selain ibu bapanya juga tidak bekerja serta bergantung kepada bantuan anak-anak yang tinggal serumah," katanya.

Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan, seorang bekas pekerja hotel retak tempurung kepala selepas diserang sekumpulan lelaki berhampiran kediamannya di Kampung Setanggi.

Kejadian berlaku 15 Julai lalu selepas mangsa menuntut seorang lelaki untuk membayar RM300 yang dipinjamkan.

Enam lelaki memukul mangsa dengan menggunakan cota besi dan topi keledar.


Disiarkan pada: Julai 30, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052653 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list