CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9358|Reply: 2

[Tempatan] Masyarakat Cina tidak perlu cuak dengan pertambahan pelajar bukan Cina dalam sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) akan mengubah ciri-ciri khas sekolah aliran itu.

[Copy link]
Post time 5-8-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SUBANG JAYA – Masyarakat Cina tidak perlu cuak dengan pertambahan pelajar bukan Cina dalam sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) akan mengubah ciri-ciri khas sekolah aliran itu.



Pengerusi Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Datuk Tan Yew Sing berkata, masyarakat Cina sebaliknya perlu mempunyai keyakinan dan melihat peningkatan jumlah pelajar bukan Cina sebagai satu sumber kekuatan.

Katanya, terdapat penyelidik yang berpendapat bahawa jika jumlah pelajar bukan Cina melebihi 30 peratus, maka kerajaan tidak mungkin akan memansuhkan SRJKC yang menjadi  sekolah pelbagai kaum.

Semasa menerima wawancara China Press, Yew Sing berkata, penurunan peratusan pelajar Cina dalam SRJKC bukan sesuatu yang mengejutkan susulan kejatuhan peratusan kaum Cina dalam populasi Malaysia.

Namun, walaupun berlaku penurunan dari peratusan, keadaan itu tidak semestinya melambangkan penurunan dari segi jumlah pelajar.

“Yang pentingnya, jika jumlah pelajar bertambah di SRJKC, termasuk peningkatan jumlah pelajar Cina dan peningkatan peratusan pelajar bukan Cina, maka kerajaan harus mempertimbangkan pembinaan lebih banyak SRJKC,” katanya.

Yew Sing menegaskan, SRJKC bukan pendidikan orang Cina tetapi pendidikan bahasa Cina.

“Sesiapa yang mahu mengalami asuhan budaya Tionghua, menguasai bahasa Cina dan budaya Tionghua, mereka akan memilih untuk belajar di SRJKC.

“Tidak kira SRJKC atau sekolah persendirian Cina, kami tidak boleh menolak pelajar yang ada niat untuk belajar.

“Kami perlu mengambil kira soal ini dalam reformasi pendidikan kami, tetapi kami tidak harus cuak dengan berpendapat pelajar bukan Cina akan mengubah ciri-ciri sekolah Cina,” katanya.

Yew Sing berkata, pelajar bukan Cina memilih SRJKC kerana mereka mahu belajar bahasa Cina .

“Mereka akan belajar di sekolah kebangsaan (SK) sahaja jika mereka ada niat mahu mengubah ciri-ciri SRJKC,” katanya.

Beliau bagaimanapun juga berkata, murid-murid yang memilih untuk belajar di SRJKC perlu menerima ciri-ciri khusus  sekolah aliran itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2024 10:07 AM | Show all posts
OK.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrap lebih ramai india melayu masuk sjkc ni nnti masuk sana kita melayukan cina2 tu bg diaorang bercampur skit. Kalau x smpai mampos nk racist2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Terkini: Shuhada block acik forum, apa yang sedang berlaku? (page 200)
JoyahMengayahTerkini: Shuhada block acik forum, apa y
Views : 143546 Replies : 4051
Konsert Maroon 5 di KL, 2025
maklukpenggodaKonsert Maroon 5 di KL, 2025
Views : 7410 Replies : 2
Debat Donald-Kamala dijangka sengit
maklukpenggodaDebat Donald-Kamala dijangka sengit
Views : 55747 Replies : 6
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42348 Replies : 333
A baby boy is coming!!
gunkgurlA baby boy is coming!!
Views : 8472 Replies : 5
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
mojarean_XSultan Pahang sebak puterinya bakal mela
Views : 16706 Replies : 12
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 26663 Replies : 43
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56936 Replies : 527
LIVE From Castles, Palaces & Historical Places Every Friday To Monday!
MahathirinaLIVE From Castles, Palaces & Historical
Views : 75185 Replies : 5
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21599 Replies : 509

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.386765 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list