CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11015|Reply: 2

[Jenayah] Guru besar, jurujual diserang dengan pisau dalam tandas sekolah

[Copy link]
Post time 9-8-2024 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Guru besar, jurujual diserang dengan pisau dalam tandas sekolah


PETALING JAYA – Seorang guru besar wanita cedera akibat diserang lelaki bersenjatakan pisau ‘rambo’ di sebuah sekolah agama di Kelana Jaya di sini tengah hari tadi.

Selain guru besar terbabit, seorang lagi wanita turut menjadi mangsa dalam serangan ganas dipercayai berlaku sekitar pukul 1.45 tengah hari di sebuah sekolah di Jalan SS5A/10, Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian itu berlaku di dalam tandas wanita yang mana menghubungkan sekolah agama dan surau penduduk kawasan berhampiran.

“Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.

Setakat ini, saya dapat mengesahkan bahawa mangsa adalah dua orang wanita. Kenyataan media akan dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua wanita terdiri daripada seorang guru besar dan jurujual telefon bimbit mengalami kecederaan akibat diserang lelaki menggunakan pisau ‘rambo’.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang saksi yang juga petugas di sekolah agama terbabit apabila terdengar jeritan dari arah tandas wanita.

Difahamkan kedua-dua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut manakala suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta mewah. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2024 08:08 PM | Show all posts
Lelaki tikam 2 wanita termasuk guru besar diburu polis

Lokasi kejadian berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang bersenjatakan pisau dan menikam dua wanita termasuk guru besar berhampiran surau yang turut menempatkan sebuah sekolah agama di Kelana Jaya, di sini hari ini, giat dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek berkenaan dipercayai warga tempatan dan kini masih bebas.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang berumur 26 dan 52 tahun (guru besar) itu tidak mengenali suspek.

“Motif serangan masih dalam siasatan dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu Shahrulnizam memaklumkan, kedua-dua mangsa yang sedang dirawat di Hospital Shah Alam itu, kini dalam keadaan stabil.

“Guru berkenaan mengalami luka besar di lengan kiri, manakala seorang lagi cedera dilibas di perut dan kepala.

“Kedua-dua juga ada menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan Bulan Sabit Merah yang hadir ke lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya sebelum itu telah menerima panggilan daripada seorang pemanggil wanita yang memaklumkan berkenaan kedua-dua mangsa yang cedera ditikam dengan senjata tajam dipercayai sebilah pisau, kira-kira pukul 1.48 tengah hari.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Terdahulu, media melaporkan dua wanita terdiri daripada seorang guru besar dan jurujual telefon bimbit mengalami kecederaan akibat diserang lelaki menggunakan pisau ‘rambo’.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang saksi yang juga petugas di sekolah agama terbabit apabila terdengar jeritan dari arah tandas wanita. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
La..kt berita ckp lelaki tu ex boipren jurujual telepon bimbit..mana satu da
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.315761 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list