CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10889|Reply: 9

[Jenayah] JPV buka kertas siasatan kes gantung kucing belakang pikap

[Copy link]
Post time 9-8-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode
JPV buka kertas siasatan kes gantung kucing belakang pikap

Kucing yang tular tergantung di belakang sebuah pikap pada sidang akhbar di Pejabat JPV negeri, hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kes seekor kucing yang digantung dan diseret di belakang sebuah pikap di Simpang Ampat, di sini semalam.

Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihakya telah mengambil keterangan suspek yang berusia 30-an manakala kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang digunakan dalam kejadian itu turut ditahan sementara.

Katanya, pihaknya telah mengadakan pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari selepas menerima aduan berhubung kejadian terbabit.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya mengesan suspek dan kucing terbabit kemudiannya diambil bagi tujuan siasatan, pemeriksaan lanjut beserta rawatan oleh Pegawai Veterinar.

“Kertas siasatan dibuka di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772),” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

“Berdasarkan kes ini, walaupun niat suspek mahu membawa kucing ke klinik haiwan namun caranya salah kerana tidak meletakkan ia dalam tempat khas sekali gus membahayakan nyawa kucing terbabit. Ketika ini, kucing terbabit berada dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gambar seekor kucing yang tergantung di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda sehingga mendatangkan kemarahan orang ramai dan pencinta haiwan. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kat ES siap ada nama alamat siap gambar lg orang tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
niat suspek mahu membawa kucing ke klinik haiwan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya miaw
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo masih hidup rupanya kuching tu

Comel macam arnab
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakkal la kucing tu tak pandai bercakap nak mengadu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 kucing tu xleh ckp
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannye lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai pulak alasan nak bawak ke klinik..ngalahkan rapiji bab2 putar belit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendapatlah ko. Semoga mereput kat dalam. Zalim sangat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072401 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list