CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10836|Reply: 3

[Tempatan] Lulusan Universiti Al-Azhar tidak menyesal niaga baulu telur itik

[Copy link]
Post time 9-8-2024 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Lulusan Universiti Al-Azhar tidak menyesal niaga baulu telur itik

Shahira kini fokus perniagaan bahulu sabut telur itik.

JEMPOL - Ingin mencurahkan bakti kepada kedua orang tuanya di kampung mendorong seorang wanita di sini mengusahakan perniagaan kuih baulu sabut telur itik milik keluarganya di sini.

Shahira Mazli, 27, pemegang Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah Jabatan Syariah,Universiti Al-Azhar, Mesir ini sama sekali tidak menyesal dengan keputusannya itu meskipun mempunyai kelulusan berkenaan.

"Sebelum saya pulang ke tanah air, saya sudah dapat kerja berkaitan bidang yang saya pelajari, namun saya menolaknya selepas mengambil kira pelbagai faktor selain mahu berada dekat dengan mak dan ayah.

Bahulu sabut telur itik yang agak gelap berbanding bahulu telur ayam.

"Mak telah mulakan perniagaan ini dengan beberapa produk lain semasa menetap di Port Dickson iaitu sejak saya berada di Mesir lagi yang mana ketika itu semua hal berkaitan promosi dan pemasaran produk saya uruskan secara dalam talian," katanya ketika ditemui pemberita.

Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, bapanya pula terpaksa bersara awal sebagai penghantar surat susulan lumpuh pada tahun 2018 selepas terkena jangkitan kuman pada kaki ketika meracun rumput.

"Ia sekali gus menyebabkan pendapatan keluarga bergantung kepada perniagaan ini.

"Jadi selepas tamat pengajian pada 2021 saya secara serius berniaga dengan membuka premis di Batu Kikir lebih kurang dua tahun lalu. Lagipun kampung mak dan ayah di Jempol sahaja.

Shahira kini fokus dalam bidang perniagaan bahulu sabut telur itik.

"Kami fokus berniaga baulu sabut telur itik sesuai dengan resipi asalnya menggunakan telur tersebut, berbeza ketika ini yang kebanyakkan menggunakan telur ayam," katanya.

Katanya, sehingga kini mereka sekeluarga masih dalam proses pembelajaran dalam memastikan produk yang dihasilkan itu bertahan lama termasuklah dari segi pengiraan kos bahan, upah pekerja mahir dan lain-lain.

"Kalau tengok baulu sabut telur itik ini agak gelap sedikit berbanding baulu telur ayam, harganya pun mahal sikit tetapi saya yakin kalau produk kita betul-betul berkualiti orang tetap cari.

"Tetapi tawakal kita dalam mencari rezeki dalam bidang perniagaan ini tinggi sebab kita tidak tahu esok perniagaan ini macam mana, ada untung tak, ada gaji atau tidak.

"Bagaimanapun, kami tetap yakin kalau usaha pasti ada hasilnya, ALLAH dah tentukan," katanya yang juga seorang mutawif.

Bahulu sabut telur itik yang sedikit gelap berbanding bahulu telur ayam.

Dalam pada itu Shahira gembira malah lega apabila dapat mencurahkan bakti kepada kedua orang tuanya walaupun ada yang berpendapat boleh sahaja bekerja jauh tetapi kebajikan ibu bapa tetap diutamakan.

"Apabila kita berniaga ini masa kita fleksibal sebab saya pegang macam itulah, saya khidmat pada mak ayah ALLAH sudah siapkan sesuatu untuk saya dan tidak dinafikan ujian tetap ada.

"Asalkan kita taat pasti ada balasan yang baik menanti," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak peelu guna telur ayam.


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 12:00 PM | Show all posts
Berniaga ni merupakan perkejaan yang mulia, semoga dipermudah segala urusan adik ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nk rasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.064480 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list