CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59695|Reply: 3

[Tempatan] Wakil rakyat Islam DAP tuntut mohon maaf tuduhan ‘kafir harbi’

[Copy link]
Post time 10-8-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Tiga wakil rakyat beragama Islam dalam DAP menuntut individu yang menuduh parti itu sebagai ‘kafir harbi di Malaysia’ supaya memohon maaf.



Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman dalam satu kenyataan bersama mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri.

Menurutnya, ceramah tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman dan juga Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa.

Tuduhan yang disifatkan sebagai melampau itu didakwa dilakukan oleh individu yang mempengerusikan majlis ceramah berkenaan dan telah tular di media sosial.

“⁠Kami dengan ini menuntut supaya individu dalam rakaman video tersebut meminta maaf terhadap semua ahli parti DAP yang beragama Islam yang telah dihukum sebagai kafir oleh beliau.

“Pada masa yang sama, kami menuntut supaya kepimpinan Pas dan Perikatan Nasional supaya menyatakan pendirian mereka sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan melampau individu tersebut.

“Sekiranya tidak, Pas dan Perikatan Nasional turut digesa untuk mengecam kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua mereka yang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berkata, ‘kafir harbi’ merupakan istilah fiqah klasik yang muncul dalam konteks zaman wujudnya ancaman perang dan bunuh dari negara orang kafir ke atas negara umat Islam.

Golongan kafir tersebut diklasifikasikan sebagai ‘kafir harbi’ dan darah kumpulan itu ‘halal’ untuk diperangi demi mempertahankan kedaulatan diri dan tanah air umat Islam.

“Justeru, kenyataan melampau yang muncul menerusi rakaman video ceramah Pas di Nenggiri itu adalah sesuatu perbuatan takfiri terhadap ahli-ahli parti DAP yang beragama Islam yang langsung tidak boleh diterima,” tegasnya.

Mereka menggesa supaya pihak Perikatan Nasional berkempen dengan matang dan sejahtera, dan bukannya memainkan politik kebencian. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgok komen2 ummah type C n I ramai je kutuk2 kita ni boikot mekdi n setabak… pigidah.. selama ni engkorang dlm DAP, pasal tulisan jawi, pasal sjkc sjkt, psal sponsorship arak xde pulak engkorang bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pemimpin melayu yang diangkat DAP hauk2 belaka ye

Korang tengok ler mak lampir zuraida dan si rina tu.. dulu dilantik jadi menteri, tapi bila dah keluar DAP, baru nampak betapa hauknya mereka

Perasan tak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 10-8-2024 10:05 AM
Kalau tgok komen2 ummah type C n I ramai je kutuk2 kita ni boikot mekdi n setabak… pigidah.. selama ...


Tu la nokk.. apabila barua dapig bukak mulut, iols rase nak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.131713 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list